CUMA DIA SEORANG JE DARJAH 1. BILA DITANYA TAKPE KE TAKDE KAWAN KAWAN SEKELAS. JAWAPAN MURID INI KEPADA WARTAWAN MEMANG PADU

ALOR GAJAH: “Saya tidak kisah tiada kawan, saya boleh belajar macam-macam dengan guru.”

Itu antara coleteh Nur Zahirah Aisyah Muhamad Zuhaili, 7, yang merupakan murid tunggal Tahun Satu yang memulakan sesi persekolahan hari pertama di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jerneh, Brisu, Alor Gajah Melaka hari ini.

Sekolah berkenaan mencatatkan bilangan murid paling sedikit di negeri Melaka iaitu 16 orang dan hanya seorang murid bagi kelas Tahun Satu dan Tahun Lima.

Guru besar sekolah berkenaan, Mustafa Kamal Mohd Nor berkata, daripada jumlah itu, 10 daripadanya merupakan murid lelaki dan enam perempuan termasuk hanya seorang murid perempuan Tahun Satu dan Tahun Lima.

Katanya, sememangnya setiap tahun, sekolah yang telah mula beroperasi sejak 57 tahun lalu itu menerima kedatangan murid yang sedikit dan tahun ini pertama kali hanya seorang sahaja pelajar Tahun Satu yang mendaftar.

Jelasnya, mengikut pendaftaran pra-sekolah tahun lalu sepatutnya terdapat empat murid bagi kelas Tahun Satu 2020, namun hanya Nur Zahirah yang hadir manakala tiga murid lagi telah bertukar ke sekolah lain.

Tambahnya lagi, ada kelas yang digabungkan menjadi satu kelas iaitu tahun dua dan tiga dan empat dan lima dan hanya tahun satu dan enam dikekalkan sebagai satu kelas kerana memerlukan perhatian khusus untuk awal persekolahan dan menghadapi peperiksaan UPSR.

“Untuk bilangan murid yang kurang ini, cikgu-cikgu dia boleh fokus, bantu murid-murid menguasai semua subjek.

“Rasa cikgu tiada masalah, cuma mungkin berseorangan, kawan tidak ada. Itu kita nampak kekurangannya dia,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mustafa yang sudah dua tahun bertugas di sekolah itu dan bakal bersara menjelang Mac depan berkata, walaupun dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM), SKSJ mencapai status Sekolah Cemerlang (Kuantiti) Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu selepas lima calon peperiksaan itu lulus 100 peratus.

NUR ZAHIRAH: ‘-Saya tidak kisah tiada kawan, saya boleh belajar macam-macam dengan guru.’ 

Katanya, aliran penurunan murid tidak dapat dielakkan berikutan penghijrahan penduduk Kampung Sungai Jerneh dan kampung lain di sekitar sekolah itu ke Taman Perumahan di sekitar pekan Lubok Cina, kira-kira empat kilometer dari kampung berkenaan.

Sementara itu, Nur Zahirah Aisyah yang juga sebelum ini berada di prasekolah di sekolah berkenaan berkata, dia gembira walaupun tidak mempunyai rakan sekelas kerana dapat berinteraksi terus dengan guru.

Malah katanya, dia sentiasa ingat akan pesanan ibunya untuk tidak gentar berada di dalam kelas seorang diri berikutan 10 guru di sekolah berkenaan akan sentiasa menemaninya.

“Kalau tidak ada kawan, masa rehat boleh jumpa kawan, tidak kisah tak ada kawan, sebab seronok, sebab ada cikgu, tidak ada kacau saya,” katanya.

Tahun lalu, SK Sungai Jerneh merekodkan seramai 31 murid tahun satu hingga enam dan 29 murid pada 2018.

Sumber : ASTRO AWANI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*