Ini kata-kata sayu Anwar Ibrahim selepas apa yang jadi malam ini

Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan perkembangan politik tanah air hari ini sebagai satu “pengkhian4tan”.

“Dan kita juga dikejutkan hari ini dengan perkembangan yang bagi kita satu juga pengkhian4tan kerana sudah janji dan sebagainya, maka menyebabkan ada perubahan.

“Dan saya jangka akan berlaku dalam masa terdekat, mungkin esok,” kata Anwar kepada penyokongnya di rumahnya di Kuala Lumpur.

Anwar berkata, walaupun tidak ada pengumuman malam ini, daripada maklumat yang beliau terima memang ada usaha sedemikian.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan beberapa kem politik bermesyuarat pada hari ini mencetuskan spekulasi berlakunya pensejajaran semula kekuasaan negara.

Ketika mesyuarat Majlis Presiden PH pada Jumaat lalu, pemimpin tertingginya terbahagi kepada dua pendapat.

Satu pihak mahu Dr Mahathir Mohamad menghabiskan penggal perkhidmatannya sebagai perdana menteri, sementara yang lain mahu beliau menetapkan tarikh persaraan.

Pada akhirnya, mesyuarat PH itu memutuskan tarikh peralihan kuasa “terpulang kepada Mahathir.”

Bagaimanapun, sekitar tengah hari tadi, para anggota parlimen yang setia kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali disahkan berkumpul di Sheraton Hotel Petaling Jaya, manakala Majlis Tertinggi Bersatu mengadakan mesyuarat di ibu pejabatnya, yang tidak jauh dari hotel itu.

Selepas Bersatu bermesyuarat selama empat jam, Dr Mahathir keluar tanpa menjawab soalan pemberita, sebaliknya cuma melambaikan tangan sahaja.

Para pemimpin dan MP Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula bertemu petang ini di Ritz Carlton, Kuala Lumpur. Majlis Tertinggi Umno juga mengadakan pertemuan di ibu pejabat parti itu, hari ini.

Kemudian, pada sebelah petang, sumber yang dekat dengan istana mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa enam parti berada di Istana Negara iaitu Bersatu, Umno, PKR (kem Azmin), GPS, PAS dan Warisan.

Pemimpin yang hadir ialah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Presiden GPS Abang Johari Openg, Presiden Warisan Shafie Apdal dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekitar jam 8 malam tadi, disahkan telah meninggalkan Istana Negara.

Perkara itu dimaklumkan pengawal keselamatan Istana Negara, tidak lama selepas lebih 20 kenderaan kenamaan dilihat meninggalkan perkarangan istana sekitar 7.30 petang tadi.

Difahamkan baginda meninggalkan istana selepas “tamat perjumpaan”.

Majlis makan-makan saja

Sementara itu, di Hotel Sheraton, Abdul Hadi, Ahmad Zahid dan Azmin serta pelbagai anggota parlimen daripada BN, GPS dan PAS dilihat masuk ke dewan sekitar jam 8 malam tadi.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof kemudian tiba di situ untuk hadir majlis makan malam.

Mereka disusuli Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Anggota Parlimen Jeli Mustapa Mohamed dan Menteri Besar Perak Faizal Azumu beberapa minit kemudian.

Menghampiri jam 10 malam, kebanyakan anggota parlimen Umno, Bersatu dan juga Azmin telah dilihat keluar dari dewan, di mana majlis makan malam berlangsung.

Rata-ratanya enggan menjawab soalan pemberita berkenaan kemungkinan penubuhan kerajaan baru.

“Makan-makan saja,” kata Naib Presiden Umno Ismail Sabri yang turut hadir di majlis itu.

Sumber Mskini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*