Fad Bocey ziarah pusara sahabat, ini kata Fad kepada anak arwah Abam buat ramai sebak

Selepas hampir dua hari pelawak terkenal Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau Abam meninggal dunia, akhirnya sahabat baiknya iaitu Fad Bocey berpeluang menziarahi pusara allahyarham.

Sebelum ini Fad dilaporkan begitu terkilan kerana berada jauh di Jepun ketika Abam dikebumikan pada petang Isnin. Dia yang tidak senang duduk di negara matahari terbit itu sentiasa menitiskan air mata kerana amat ralat dengan ketiadaannya disamping Achey menghadapi ujian kehilangan sahabat tersayang.

Pulang dari Jepun disambut hiba

Pulang sahaja dari Jepun, Fad telah disambut Achey dengan linangan air mata sambil mereka memegang baju Abam. Mereka juga terus menuju ke kediaman Abam bagi bertemu keluarga allahyarham.

 

 

View this post on Instagram

Aku tak kuat bile sampai rumah kau bam😔😔 @acheykintangkintung @aliputeh89

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Akhirnya tiba juga di pusara Abam

Petang tadi, selepas pulang berehat di rumah, Fad dan keluarga sekali lagi menziarahi keluarga Abam dan pergi ke tanah perkuburan bagi melihat pusara Abam buat kali pertama.

Menerusi IG story isteri Fad, Syaheera Rahman, mereka dilihat sedang berada di rumah Abam dan berjumpa dengan anak allahyarham.

Akan jaga anak Abam

Fad juga sempat menambah bahawa dia akan menjaga anak Abam seperti anaknya sendiri sambil memuat naik gambar bersama Hamzah di Instagram miliknya.

Menerusi kapsyennya, dia sekarang mempunyai 4 orang anak termasuklah anak kepada allahyarham.

Syed Uthman Hamzah baru sahaja berumur 8 bulan ketika bapanya meninggal dunia Isnin lalu. Dia yang belum mengerti apa-apa terlihat manja dengan sesiapa sahaja yang mendakapnya.

Sebelum ini, Fad dan keluarga berada di Jepun semasa menerima perkhabaran Abam meninggal dunia. Oleh sebab itu, dia agak terkilan kerana tidak dapat bersama yang lain mengebumikan sahabat akrabnya pada petang isnin.

Sumber : Syaheeraarahman, Fad Bocey

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*