”Dia Nak Pegang Ayah Dia Kat Skrin Phone Tu” – Netizen Sebak Lihat Anak Abam Tonton Video Arwah Ayahnya

Sebak dan sayu. Itulah yang dapat dikatakan apabila melihat video yang dimuat naik ke Instagram oleh ahli keluarga balu Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau Abam Bocey.

Video tersebut dikongsikan di Instagram milik isteri Allahyarham, Nor Hidayah Mohd Ali menunjukkan anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sedang menonton video Abam.

“Allah menggalir air mata, bila ibu melihat Hamzah dengar lagu arwah ayahnya. Dengar & lihat baru dia berhenti menangis.

“Sabar wahai sayangku, Hamzah kena kuat seperti ayah. Ayah sentiasa tengok Hamzah,” tulis kepsyen pada video tersebut.

View this post on Instagram

Allah menggalir air mata, bila ibu melihat hamzah dengar lagu arwah ayah nye😌 dengar & lihat baru dia benti menagis, sabar wahai sygku, hamzah kene kuat seperti ayah😘😘 ayah sentiasa tengok hamzah, terima kasih pokcu @zainuddin_94 sentiasa layan hamzah..terubat kerinduan hamzah #syeduthmanhamzahaljuffrey

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

Rata-rata yang meningg4lkan komen tidak dapat menahan kesedihan melihat video tersebut, apatah lagi ada ketika Hamzah menyentuh skrin telefon seolah-olah menyentuh ayahnya.

Allahyarham yang mengahwini Nor Hidayah pada 2017 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah. Allahyarham meningg4l dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*