(Video) Wanita Merayu Nak Ziarah Kubur Arwah Abam Bocey Tengah Malam, Terbongkar Rupanya Siapa Wanita Ini

Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau dikenali sebagai Abam Bocey telah memberi inspirasi buat orang ramai.

Sedikit demi sedikit kebaikannya dikongsi rakan taulan dan orang ramai yang pernah bertemu dengan beliau.

Dalam satu video perkongsian oleh Ustaz Hanafiah, beliau telah bertemu dengan seorang penjaga kubur ketika menziarahi kubur Abam di Tanah Perkuburan Sungai Pusu.

Katanya, penjaga kubur itu menceritakan suatu peristiwa yang menjadi bukti kebaikan Abam pada malam selepas pengebumian Allahyarham.

Menurutnya, ketika sedang mengunci pintu pagar kawasan perkuburan, dia didatangi seorang wanita yang menaiki motosikal bersama anaknya yang masih kecil.

Wanita itu merayu agar diberi peluang untuk menziarahi kubur Allahyarham, tambahnya.

“Pakcik, tolonglah pakcik, saya nak masuk tengok arwah Abam, tolonglah pakcik.”

Biarpun permintaannya ditolak, wanita itu terus merayu.

“Esok je lah. Kubur ni tak ke mana. Esok je datang,” kata penjaga kubur berkenaan.

Tidak berputus asa, wanita itu terus merayu.

“Pakcik, saya datang dari jauh ni pakcik. Tolonglah saya pakcik, saya tak sempat nak datang siang,” katanya.

Selepas dirayu, lelaki berkenaan akhirnya menunjukkan kubur Abam.

Bila ditanya wanita itu sama ada dia merupakan saudara mara, wanita itu menafikannya.

“Saya dan anak saya sebenarnya banyak menerima bantuan daripada Abam. Dan Abam telah menyekolahkan anak-anak saya dan semua perbelanjaan sekolah telah ditampung oleh Abam.”

View this post on Instagram

Kisahnya jam 10.30 mlm ketika penjaga kubur nak tutup pagar. Seorang perempuan membawa anaknya naik motor, merayu utk masuk ziarah kubur ABAM. Di ceritakan ABAM menampung segala perbelanjaan sekolah anak anaknya. Kelebihan bersedekah.

A post shared by Sifu Hanafi (@ustazhanafiah) on

Sumber: Ustaz Hanafiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*