Najib ziarah keluarga Allahyarham Abam, doa roh dicucuri rahmat

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara yang hadir menziarahi keluarga Allahyarham Abam Bocey.

Suasana sedih dan hiba masih lagi menyelubungi sekitar kawasan Masjid Gombak Utara ketika Najib tiba. Najib meluangkan masa bertemu ibu Abam dan ahli keluarga yang lain.

Najib berharap mereka tabah menghadapi dugaan kehilangan ahli keluarga dan berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

“Suasana yang sedih dan pilu. Saya di Masjid Gombak Utara jumpa keluarga Allahyarham Abam Bocey.

“Takziah dan saya berharap semua tabah menghadapi dugaan hidup ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yang beriman. Al-Fatihah.

Najib meluangkan masa kira-kira 20 minit berjumpa ahli keluarga arwah Abam antaranya ibunya, Sabariah Arshad.

Jenazah Abam kini sudah berada di Masjid Gombak Utara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Allahyarham Abam merupakan pelawak yang menganggotai kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pawal pagi tadi.

Abam dikatakan demam dan sakit kepala beberapa hari lalu. Kehilangan Abam hanya disedari isterinya ketika mahu mengejutkan Allahyarham untuk bersolat subuh pagi tadi.-SM

Sumber Mgazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*