Pengarah Hospital Utama Di Wuhan Meninggal Dunia, Puncanya Memang Mengejutkan

Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, Liu Zhiming dilaporkan telah meninggal dunia pada Khamis (18 Februari), lapor CCTV, satu stesen televisyen China.

Dr. Liu Zhiming telah meninggal dunia pada 10.30am, selepas “semua usaha penyelamatan telah dilakukan,” kata hos CCTV itu.

Awal bulan ini, jutaan rakyat China telah meratapi kematian Dr Li Wenliang yang merupakan seorang doktor yang cuba memberi amaran awal berkenaan dengan koronavirus.

Kematian Dr Li telah mencetuskan kemarahan rakyat terhadap pihak berkuasa yang dituduh memalsukan krisis ini.

Puluhan ribu pekerja kesihatan di China sedang beradu tenaga bagi mengekang penularan virus yang dipercayai berasal daripada sebuah pasar di Wuhan.

Kini virus ini telah meragut 1,847 nyawa dan telah menjangkiti puluhan ribu manusia yang kebanyakannya rakyat China.

Doktor Yang Cuba Beri Amaran Awal Korona4virus Tetapi Dituduh Sebar Berita Palsu Dilaporkan Meninggal Dunia

Seorang doktor China yang diangkat sebagai hero kerana cuba untuk memberi amaran berkenaan koron4avirus pada awal-awal penularan virus itu telah meninggal dunia, lapor media tempatan.

Doktor Li Wenliang, 34, cuba untuk memberitahu kepada rakan-rakan doktornya berkenaan dengan wabak tersebut pada akhir Disember lalu. 3 Hari kemudian, pihak polis datang berjumpa dengannya dan menyuruhnya untuk berhenti berbuat demikian.

Dia telah memuat naik kisahnya itu di katil hospitalnya pada bulan lalu di laman sosial Weibo.

“Hai semua, saya Li Wenliang, saya seorang ophthalmologist di Hospital Wuhan,” permulaan muatan tersebut.

Pada 30 Disember, dia telah menghantar mesej kepada rakan-rakan doktornya di dalam satu perbualan group untuk memberi amaran kepada mereka berkenaan dengan wabak tersebut dan menasihatkan mereka untuk memakai sut perlindungan bagi mengelakkan daripada dijangkiti dengan virus tersebut.

4 hari kemudian dia telah dipanggil oleh Biro Keselamatan Awam dimana dia telah disuruh untuk menandatangani sepucuk surat. Dalam surat tersebut, dia telah dituduh “menyebar khabar angin” serta “menganggu ketenteraman awam”.

“Kami sekeras-kerasnya memberi amaran kepada anda: Jika anda tetap berdegil meneruskan perbuatan ini, anda akan diheret ke muka pengadilan, adakah anda faham?” tulis surat tersebut. Dr Li menjawab dengan menulis: “Ya, saya faham.”

Dia merupakan salah seorang daripada 8 orang yang disiasat kerana menyebarkan khabar angin.

Pada pengakhir Januari, Dr Li telah menerbitkan salinan surat di Weibo yang menjelaskan tentang situasi yang terjadi di Wuhan. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa tempatan telah memfailkan permohonan maaf kepadanya namun ianya sudah agak terlambat.

Dr. Li dilaporkan telah ditahan di wad pada 12 Januari lalu selepas disyaki dijangkiti dengan virus itu daripada pesakitnya, dan kemudiannya telah disahkan menghidapi wabak novel korona4virus itu pada 1 Februari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga turut memuat naik satu tweet melaporkan kematian Dr. Li.

Sumber: Straits Times Singapore

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*