Suasana pilu apabila Fad Bocey tiba di rumah Arwah Abam sejurus tiba di tanahair

Umum mengetahui semasa arwah Abam meninggal, salah satu kawan baiknya Fad Bocey berada di luar negara dan tidak dapat pulang kerana tiada sebab tertentu. Fad yang dari semalam meronta-ronta untuk balik akhirnya tiba di tanah air. Semasa tiba di KLIA Fad disambut oleh Achey dan suasana pilu menyelubungi mereka. Achey yang tiba dengan membawa baju arwah Abam untuk melepaskan rindu.

Baju arwah Abam sebagai pengganti untuk melepaskan rindu Fad

Pilu hati seorang sahabat kerana tidak dapat bersama untuk memberi penghormatan terakhir.

Selepas tiba di KLIA Fad dan Achey serta beberapa yang lain yang menjemput Fad serta isteri terus menuju ke rumah arwah Abam. Sampai sahaja di rumah arwah Abam, Fad disambut oleh Ali Puteh. Suasana yang sangat pilu apabila Fad memeluk Ali. Kesedihan yang tidak terucap dengan kata-kata kehilangan sahabat baik, susah senang bersama. Begitu juga Ali Puteh yang kehilangan seorang abang.

Antara komen netizen yang masih lagi terasa dengan pemergian arwah Abam dan masih lagi bersedih.

berair lagi mata Aku nih… 😭 semoga tabah yew Abg achey Dan Abg fad… AL-Fatihah Buat abambocey… – shah_spawash

Ya allah menangis lagi akuu😢😭 – wardinaawang

tk dpt thn air mata ya allah kau kuat kn lah shabat2 mu – yanie

Ya Allah sedih nyaa 😭😭😭😭 . Dr tadi tnggu fad smpai malaysia. Alhamdulillah dah smpai tapi sedih berjurai2 air mata tgk video ni 😭😭😭😢 – julianaaffens

Aku nagis lagi.. Allahu @yayang_aqilah @norainnaziz – azlianazulkifli

Rata-rata netizen memang menunggu kepulangan Fad dan meluahkan rasa sedih mereka. Semoga Fad terus tabah dan mendoakan untuk arwah Abam. Mari kita sama-sama sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey.

Artikel oleh RJ

Credit video IG  pojie.pidon , syukkicukhafizul_wonghelmi77

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*