Tampil imej ‘pontianak’ dilukai, Aina Abdul buat kelainan di Final AJL

Tampil menjadi finalis yang kedua, penyanyi Aina Abdul membawa kelainan dalam persembahannya menerusi Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Dengan memakai busana serba putih, lagu berjudul Sumpah ciptaan sepenuhnya oleh beliau itu memukau orang ramai apatah lagi ditambah pula dengan vokal yang luar biasa.

Lebih menarik perhatian apabila titisan darah turut mengalir keluar daripada busana berkenaan pada pertengahan persembahan sekaligus membuatkan penonton meremang dengan tema tersebut.

View this post on Instagram

S U M P A H – A I N A . . @ainaabdul @ainations . . Ghost Characters . . Incredible,Amazing & Perfectly . . #ainaabdul #ainations #anugerahjuaralagu34 #ajl34

A post shared by Daπiel (@danielhakimy_) on

Persembahan tersebut menjadi ‘trending’ di laman Twitter yang rata-rata memuji kehebatan penyanyi berusia 27 tahun itu dalam menyampaikan lagu berkenaan yang disifatkan unik dan ‘power’.

Tak pernah dengar vokal sehebat ni?

Persembahan luar biasa!

Penuh maksud tersirat

 
Sumber : Instagram , Twitter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*