Tahniah! Ameer (Forteen) Dah Jadi Bapa, Namakan AnakSulung Noah Eusoff

Ameer dan isteri gembira menerima cahaya mata pertama pada 14 Mac lalu.

AHLI kumpulan Forteen iaitu Ameerais Azhar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 14 Mac lalu.

Ameer atau nama sebenarnya, Mohamad Arif Ameerais Azhar, 30, berkata bayi lelakinya itu berada dalam keadaan sihat dan diberi nama Noah Eusoff.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah, MasyaAllah, TabarakAllah… pada tanggal 14 Mac 2020 isteriku selamat melahirkan putera sulung kami Noah Eusoff.

“Semoga kalian mendoakan anak kami membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, bijak pandai dan sentiasa dibawah lindunganNya. Amin!,” tulisnya di laman Instagram pada Isnin.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum, Alhamdulillah, MasyaAllah, TabarakAllah, pada tanggal 14 Mac 2020, isteriku @naja_sk selamat melahirkan Putera Sulung kami Noah Eusoff @ameerais.naja.jr , semoga kalian mendoakan anak kami membesar sihat, menjadi anak yang soleh, bijak pandai dan sentiasa dibawah lindungaNya. Amin, Amin Yarabbalamin. 🤲🏻 👶🏻🍼♥️😍😍😍😍😍 #NoahEusoff #AmeeraisNajaJunior #babyforteen

Siaran dikongsi oleh Ameerais Azhar | FORTEEN (@ameerais.azhar) pada

Ameer berkongsi berita gembira di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik foto mendedahkan wajah anaknya itu, namun menutup di bahagian mata.

Dalam hantaran itu, Ameer turut berkongsi akaun Instagram anaknya yang diberikan nama sebagai @ameerais.naja.jr.

Rata-rata pengikut dan peminat mengucapkan tahniah di atas kelahiran tersebut. 

Ameer mendirikan rumah tangga dengan Nurnaja’a pada 1 Mac 2019.

Sumber: mStar 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*