Cik B Bagi Hadiah Untuk Hari Ibu, Reaksi DSV Cvri Perhatian

Baru-baru ini kita telah menyambut hari ibu di mana ramai yang mengambil kesempatan untuk meraikan ibu masing-masing dengan memberi hadiah dan ucapan-ucapan penghargaan di media sosial.

Anak usahawan kosmetik terkenal, Cik B juga tidak ketinggalan untuk berkongsikan hadiah yang dihasilkannya sendiri buat ibu tersayang, Dato Seri Vida.

Dalam video yang dimuatnaik ke Twitter, Cik B pada mulanya merancang untuk menghasilkan kek untuk DSV, namun menukar rancangannya kerana dia tidak tahu cara untuk membuat kek.

Sebaliknya Cik B mendapat idea untuk memberikan bunga kepada ibunya dengan cara yang paling mudah dan kreatif.

Mengutip semua jenis bunga yang terdapat di dalam pasu di sekitar rumahnya, Cik B menghasilkan sejambak bunga istimewa untuk DSV.

Namun apa yang paling menarik perhatian adalah reaksi DSV apabila menerima jambangan bunga itu dari Cik B. Selain terharu dengan pemberian Hari Ibu dari anaknya itu, DSV juga perasan bahawa bunga yang diberikan kepadanya itu adalah bunganya sendiri.

Walau bagamanapun DSV tetap menghargai pemberian Cik B itu dan meletakkan jambangan bunga itu di dalam pasu di biliknya.

Perkongsian Cik B itu meraih tumpuan netizen yang terhibur dengan reaksi DSV dan memuji sikapnya yang sentiasa menghargai apa sahaja pemberian anak-anaknya.

“Reaction dsv memang berharga…”

“Ni ibu punya…”

Sumber: Twitter Cik B via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*