“Comelnya Baby Bump!,” – Sedang Hamil Anak Kedua, Figura Terkini Bella Astillah Cvri Perhatian Peminat

Satu video pendek yang dikongsikan Bella Astillah mencvri perhatian peminat apabila ia sudah pun ditonton hampir 500,000 kali selepas dimuat naik di Instagram pada Jumaat.

Melakukan ‘step’ tarian ringkas bersama adiknya Didi Astillah bagi mempromosikan satu produk mengawal berat badan, ‘baby bump’ ibu beranak satu ini juga sudah pun jelas kelihatan.

Tulisnya pada sisi kapsyen, dia juga mahu menghadiahkan produk berkaitan memandangkan dirinya yang berbadan dua ketika ini hanya dengan melakukan beberapa langkah mudah.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Finally! Its sisters time haha🙈 Thank you @cocofiber_hq for this good slimming supplement. Since Bella kan tgh pregnant, Bella ingat nak bg free bella punya dekat followers bella. So yang menang nnt boleh lah nampak slim raya nanti🙊🥰 . Mcm biasa step sangat mudah! Like video ni , follow bella dan @cocofiber_hq , ADD THIS POST ON YOUR IG STORY, tag @bellaastillah dan @cocofiber_hq , and last step komen “SAYA NAK” . Jom cepat! Dan inshaAllah semoga rezeki ni milik korang🥰

Siaran dikongsi oleh T E N A N G (@bellaastillah) pada

Malah, para peminat termasuk rakan artis turut sama memberikan reaksi dan ada di antara komen yang diberikan mendapat respon dari tuan punya badan.

Terdahulu, peminat sebelum ini mengetahui mahligai yang dibina Bella bersama suaminya, Aliff Aziz pernah dilanda kemelut sebelum ini.

Malah Bella juga pernah memfailkan permohonan cer4i secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu.

Bagaimanapun, keduanya kini kembali bersama dan Bella turut memaklumkan berita gembira yang dirinya sedang hamil anak kedua.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini mencecah usia tiga tahun.

Foto: Instagram Bella Astillah

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*