‘Confident Marhaban Tibah’, Miming Sherry Alhadad Dari Lelaki Ini Buat Selebriti Tak Larat Gelak!

Sudah menjadi adat mengacara bagi sesebuah rancangan apatah lagi secara langsung (live) apabila tiada yang sempurna. Walau bagaimanapun, ia menjadi moment yang boleh menjadi kenangan manis selain menjadi bualan hangat orang ramai.

Itu jugalah yang berlaku kepada pengacara popular, Sherry Alhadad ketika mengendalikan rancangan Muzik-Muzik 35 baru-baru ini.

Seperti yang semua sudah lihat, pengacara ini ketika siaran rancangan hiburan itu membuka tirai dia yang memiliki perwatakan ceria sempat menyanyikan lagu daripada Opick yang berjudul Ramadhan Tiba. Namun begitu, tidak disangka-sangka lirik yang keluar daripada mulut Sherry Alhadad adalah Marhaban Tiba beberapa kali.

Gelagatnya itu lalu vir4l dimedia sosial dan membuatkan ramai terhibur kerana selebriti ini juga dilihat sangat yakin dengan nyanyiannya itu sebelum ditegur kesal4hannya itu oleh Haziq Hussni.

Walau bagaimanapun, bertambah menghiburkan ramai apabila ada yang membuat parody gelagatnya ketika mengacara di rancangan Muzik-Muzik itu.

Lalu ianya turut menarik perhatian Sherry Alhadad sendiri dan dikongsikan menerusi laman sosial Instagram miliknya sehingga mencu1t hati peminat dan pengikut lagi.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@nursyafiqnaser 🤣🤣🤣

Siaran dikongsi oleh sherry_alhadad (@sherry_alhadad) pada

Dalam pada masa yang sama, melalui perkongsian video berkenaan juga menerima pelbagai reaksi lucu ramai rakan selebriti yang turut merasa terhibur.

Perkongsian video daripada Sherry Alhadad itu juga meraih ribuan tontonan dan tanda suka yang rata-rata netizen juga terhibur dengan keyakinannya menyebut ‘marhaban tiba’ ketika menyanyi lagu berkenaan.

Sumber: Instagram Sherry Alhadad via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*