Datin Eina Azman ‘Payung’ Video Durian Crepe Musang King Jadi Perhatian Ramai!

Datin Eina Azman selain dikenali sebagai pelakon, dia juga tidak asing lagi dalam laman sosial apabila dirinya sering berkongsikan pelbagai resepi mudah dan menyeronokkan untuk dibuat para wanita diluar sana.

Malah, video-video resepi masakan yang kelihatan ringkas namun dapat diperhatikan setiap resepinya itu sangat mudah dihasilkan dan ia membuatkan selebriti ini sentiasa menjadi rujukan ramai untuk memasak.

Sehingga menerusi ruangan Instagram Datin Eina Azman dapat diperhatikan jumlah peminatnya semakin ramai dan setakat ini jumlah followers selebriti ini sudah mencecah 2 juta.

Di bulan Ramadan juga, Datin Eina Azman dilihat berkongsikan pelbagai resepi mudah disediakan dan menerusi rakaman video durasi yang pendek membuatkan ramai mudah memahami sekali gus menarik perhatian warganet.

Resepi terbarunya yang dikongsikan kelmarin juga tidak kurang hebatnya apabila pelakon ini berkongsikan caranya membuat Durian Crepe yang menjadi antara kesukaan ramai.

Melalui video dimuat naik ini, Datin Eina Azman berkongsi resepinya iaitu Durian Crepe Musang King dan seperti biasa perkongsiannya sering meraih ribuan tontonan.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdullilah dah siap buat Durian Crepe Musang King 😘 Siapa nak Full Resipe Durian Crepe Musang King ni Comment kat bawah “NAKKKKKK” baru eina akan share😁 serious resipe dia mudah n confirm sedap BAHAN DURIAN CREPE 👑 1 Sb Tepung Jagung 1 Sb Tepung Custard 2 Sb Tepung Ubi 4 Sb Tepung Gandum 2 Sb Gula Halus 1 Biji Telur 1 Sk Minyak Masak 50 Ml Susu Segar 150 Ml Air Sedikit Pewarna Kuning 1 Sb Essence Vanilla BAHAN INTI DURIAN 👑 250 Ml Susu Segar 3 Sb Gula Pasir 1 Sb Tepung Custard 300g Durian (lagi banyak lagi sedap)😋😋😋 150g Whipping Cream #itsdonebyeinaazman #carasayabyeinaazman

Siaran dikongsi oleh 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) pada

Dalam pada itu, menjenguk ruangan komen pula pelbagai reaksi ramai yang tertarik dengan resepi berkenaan dan dalam pada masa yang sama, warganet memuji kerajinan Datin Eina yang tidak jemu memasak lalu dikongsikan kepada peminat dan pengikut.

Ternyata juga ramai ‘jatuh hati’ dengan kecantikan Durian Crepe hasil air tangan selebriti ini yang dikatakan sangat cantik.

Reaksi ramai diruangan komen

Sumber: Instagram Eina Azman

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*