Kemunculan Ayda Jebat dalam drama Bukan Gadis Biasa sebagai Johana yang juga seorang gadis kasar sedikit sebanyak merubah penampilan biasanya sebelum ini. Rambutnya dip0tong pendek, berbaju besar dengan lagak k4sar, namun hatinya baik sekali.
Itu kisah Johana yang dramanya kini sedang ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Sabtu jam 7 malam. Watak tersebut sudah tentunya hanyalah lakonan semata-mata dan tidak sama seperti dalam drama tersebut. Dalam kehidupan sebenar Ayda Jebat lain pula halnya.
Sudah pun mengikat tali pertunangan dengan Nabil Mahir beberapa hari lalu, baru-baru ini satu f0to Ayda Jebat berhijab yang dimuatnaik di Instagram miliknya telah meraih puji4n ramai. Biarpun sebelum ini Ayda Jebat pernah tampil dengan imej berhijab dan berkongsikannya menerusi media sosial, namun foto terbarunya itu tetap mencvri perhatian ramai.
Wow, Ayda Jebat tampak manis dan tampak ayu sekali! Foto Ayda Jebat berhijab yang dimuatnaik menerusi laman Instagram miliknya itu telah meraih lebih 60 ribu likes. Rata-rata netizen memvji imejnya itu yang mampu membuatkan ramai cair dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Kalau Jo berubah jadi yang lebih baik seperti ini..Abang bersumpah takkan cari yang lain”
“Sumpah cantik sangat Kak Ayda bila bertudung”
“Serius lawa tak tipu kalau pakai tudung”
Sumber: Instagram Ayda Jebat
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HCL
Leave a Reply