Izara Aishah Payung Foto Anak- “Rambut Sama Naik Nampak? Geng Hang…”

Pelakon popular, Izara Aishah kini semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata pertamanya apabila dia selamat melahirkan baby girl pada 15 April lalu. Setelah berkahwin dengan jejaka pilihannya, Adib Khalid kini pasangan ini sudah bertiga.

Sebelum ini juga, suaminya, Adib Khalid ada berkongsi rasa syukurnya dengan kehadiran cahaya mata perempuan mereka yang diberi nama, Irisa Alaia dan turut memuat naik beberapa keping foto anaknya itu untuk berkongsi kepada umum.

Terbaru pula, posting Izara Aishah mengenai anaknya mencvri tumpuan ramai. Seperti yang diketahui, pelakon ini setiap kali memuat naik posting menerusi laman Instagram peribadinya, dia akan menutup ruangan komen.

Walau bagaimanapun, dia yang memuat naik foto bersama puteri sulungnya itu membuka ruangan komen. Perkara berkenaan membuatkan ramai peminat dapat meninggalkan pelbagai reaksi terhadapnya.

Buka ruangan komen di posting anak, Izara terima pelbagai reaksi peminat

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@Babysnuggler puts my baby girl in deep sleep every single time I love it!

Siaran dikongsi oleh Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) pada

Perkongsian foto berkenaan juga dalam masa yang sekejap mendapat ribuan tanda suka dan oleh kerana dia membuka ruangan komen, warganet mengambil kesempatan itu untuk memuji kecantikan pelakon ini yang kini sudah menjadi seorang ibu.

Dalam pada masa yang sama, ramai rakan selebriti juga meninggalkan pelbagai reaksi diruangan komen yang teruja melihat perkongsian Izara Aishah tentang foto anak dilaman Instagram.

“Mana tantekk, baby omeyyy sangat-sangat…”

Reaksi peminat di foto anak Izara Aishah

  

Sumber: Instagram Izara Aishah via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*