Nora Danish Khatam Al-Quran 9 Malam Terakhir Ramadan – “Niat Bertahun-Tahun Tersek4t, Berkat Doa Lepas Solat!”

PELAKON Nora Danish seb4k dan menitiskan air mata apabila berjaya menamatkan bacaan Al-Quran pada 10 malam ter4khir Ramadan tahun ini.

Mengakui pada awalnya agak svkar untuk memulakan bacaan, Nora bagaimanapun berkata berkat doa dan kesungguhan dia berjaya menghabiskan semua juzuk dalam masa singkat.

“Ya Allah, syukur Alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan macam tak percaya dapat Khatam pada sembilan malam terakh1r Ramadan.

“Pada mulanya satu muka surat nak habiskan rasa susahnya. Lama-lama lima muka surat, jadi 10, jadi 20, jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari… sampai rasa tak sabar nak bangun tidur dan mula mengaji.

“MasyaAllah… berkat doa lepas solat bersungguh-sungguh sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arw4h papa dalam bulan penuh keberkatan ini,” katanya menerusi Instagram pada Khamis.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya Allah , Syukur Alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Mcm tak percaya dapat Khatam pada 9 malam terakhir Ramadhan 😢 SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui. Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa. Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani , Maha Penyayang Dan Maha Pengampun 🙏🏼 Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yg tidak sempurna ini 😢SesungguhNya Allah Maha Penerima. InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang , tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora Yg padat, niat Nak Khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal , so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan , takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya , saya pula berminat dengan pen digital itu , Jadi saya pula start mengaji 😍 Aturan Allah 💜 Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO , lagi berkobar jiwa raga ini. Thank u babe, 😘 u pendorong semangat I. Harap post nora ini , akan pula membuka niat pada mereka Yg lain. InsyaAllah. Sama sama kita share benda yang baik. Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai Rasa tak sabar Nak bgn tido n start mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini. Allah Maha Mendengar. Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini. Juga Terima kasih pada followers Yg Mendoakan Setiap kali nora share perjalanan Khatam ini. Dan perjalanan Khatam ini tidak akan sempurna tanpa Doa Suami & Ibu tercinta💜 Terima kasih , love u both. Suami Yg byk bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari 🤦🏼‍♀️😬 Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next , terjemahan 🥰

Siaran dikongsi oleh Mrs Nedim (@noradanish) pada

Nora berkongsi kegembiraan di Instagram.

Dalam pada itu, Nora berkata dia tergerak hati untuk mengaji Al-Quran setelah melihat ada rakan artis berjaya menamatkan bacaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini.

Malah, dia turut mengakui sudah lama menyimpan niat untuk khatam Al-Quran, namun terh4lang dengan jadual kerja yang padat.

“Nampak mudah khatam ni bagi sesetengah orang tetapi tidak bagi Nora, dengan jadual Nora yang padat, niat nak khatam bertahun-tahun ters3kat.

Suami pendorong Nora habiskan bacaan Al-Quran.

“Sampailah masa PKP tergerak hati nak cari balik PU Hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal, jadi nak ajar Rayqal mengaji sebab takut lama berhenti mengaji dia lupa, jadi saya pula berminat dengan pen digital itu, saya pula mula mengaji.

“Aturan Allah ditambahkan pula bila lihat Instagram Elizad Sharifuddin dah khatam semasa PKP, lagi berkobar jiwa raga ini. Thank you babe, awak pendorong semangat!,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon sitkom Puteri ini berterima kasih kepada keluarga termasuklah suaminya, Nedim Nazri yang memberikannya sokongan sehingga berjaya menamatkan bacaan Al-Quran tersebut.

Tempoh PKP ada hikmah buat Nora Danish.

Dia juga berharap perkongsiannya ini dapat memberi manfaat dan mendorong semangat peminat untuk sama-sama mengejar pahala di bulan mulia ini.

“Allah Maha Mendengar… terima kasih pada pengikut yang mendoakan setiap kali Nora kongsi perjalanan khatam ini. Perjalanan khatam ini tidak akan sempurna tanpa doa suami dan ibu tercinta.

“Suami yang banyak bersabar mendengar suara sumbang setiap hari. Ada hikmah PKP ini bagi saya, boleh fokus 110 peratus… kalau tidak dugaan! InsyaAllah, Nora akan khatam pula bersama ustazah atau ustaz apabila semua dah okay.

“Harap post ini akan membuka niat pada mereka yang lain. Sama-sama kita kongsi benda yang baik. Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan pada arw4h papa. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman,” katanya.

 

Sumber: mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*