Selamba Jawab Soalan Add Maths Dari Filter, Cikgu Fathi Tular Lagi!

Buat sesiapa pernah mengambil subjek matematik tambahan masa sekolah menengah dulu pastinya faham mengapa ia antara kertas peperiksaan yang dianggap agak susah berbanding yang lain. Mungkin juga disebabkan kurang minat dengan subjek ini membuatkan ia terasa seperti susah.

Bagaimanapun bagi Cikgu Fathi atau nama sebenarnya Fathi Hussein, subjek matematik tambahan yang diajarnya cukup menarik. Sebelum ini video cikgu tersebut sedang mengajar di kelas menjadi tular di sosial media kerana nampak seperti ringkas sahaja jalan kerjanya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Surd AddMaths Form4 KSSM mestilah kita rindu sekolah kann 😔 . #kurungajar #kitadahkedepan

Siaran dikongsi oleh MFath (@fathihussein) pada

Malah Cikgu Fathi yang turut sinonim dengan beberapa video mengajar tular yang lain dengan pemilihan lokasi cukup menarik menjadikan kaedahnya itu unik sekali. Jika diperhatikan dari video-videonya yang tular sebelum ini memang nampak macam senang sahaja subjek matemarik tambahan.

Terbaru video Cikgu Fathi yang bermain satu filter di Instagram dengan menjawab beberapa soalan matematik dengan selambanya pula tular. Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dan telah meraih perhatian ramai.

Memang laju betul Cikgu Fathi ini menjawab soalan! Video tersebut telah meraih lebih 857 ribu tontonan dan 55,300 retweets serta 59,800 likes.

Rata-rata netizen turut kagum dan meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:

“Dia boleh jawab sambil gelak-gelak lagi”

“…Lain orang, lain kelebihan. Anyway, beliau memang gempak”

“Aku belum sempat nak baca lagi dia dah jawab terus”

 

Sumber: HCL 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*