Syatilla & Sam ‘Tour’ Rumah Raih 1 Juta Views, Disangka Ri4k Rupanya Kelakar Habis!

Pasangan popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin juga merupakan antara selebriti yang turut mempunyai laman YouTube mereka yang diberi nama, SamTilla TV.

Ternyata, mereka juga memiliki ramai subscriber dimana kini telah mencecah 262 ribu yang rata-ratanya akui seronok melihat gelagat keluarga selebriti ini. Apatah lagi, sikap sempoi Syatilla Melvin mahupun Shaheizy Sam yang cukup sempoi membuatkan warganet bertambah menyukai mereka.

Terbaru, perkongsian video dilaman Instagram Syatilla Melvin dimana dia dan Shaheizy Sam menunaikan janji untuk membawa peminat tour rumah mereka mencvri tumpuan ramai.

Meskipun belum siap, pasangan ini menepati janji mereka dan berkongsikan keadaan dan bahagian rumah yang dihias mereka sendiri.

“Walaupun belum siap sepenuhnya tapi janji tetap janji!!! Nak tunggu siap mungkin lambat lagi, so kami tunjuk apa yang ada je ok?…” ujarnya disamping memberitahu bahawa video penuh boleh dilihat menerusi laman YouTube mereka.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Walaupun belum siap sepenuhnya tpi janji tetap janji!!! Nk tunggu siap mgkin lambat lagi,so kami tunjuk apa yg ada je ok?😎full video tgok kat youtube SAMTILLA TV ♥️

Siaran dikongsi oleh S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) pada

Walau bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian peminat dan followers pasangan ini apabila rata-rata mereka memuji sikap mereka yang sempoi dan sporting.

Manakan tidak, lihat saja gelagat pasangan ini yang turut diselitkan dengan lawak spontan mereka yang membuatkan ramai terhibur dan dalam pada masa yang sama, netizen memuji sikap Sam yang dikatakan seorang yang tidak sombong.

Ada juga netizen yang merasakan mereka riak pada awal video walau bagaimanapun, ternyata tidak kerana Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam sangat kelakar.

Syatilla & Sam ‘tour’ rumah cuit hati ramai

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*