“Setiap Tahun Kami Raya Sederhana Macam Rakyat Malaysia Lalui Sekarang” – Tahun Kelima Diddy Hirdy Sambut Raya Di UK

LIMA tahun menetap di United Kingdom (UK), penyanyi Diddy Hirdy berkongsi pengalaman menyambut Aidilfitri sebagai anak perantauan.

Menurut Diddy atau nama sebenarnya Syamsul Hirdi Muhid, 35, persiapan menyambut Aidilftri di sana dilakukan dengan sederhana sama seperti yang sedang dirasai rakyat Malaysia sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebenarnya stail perayaan kami yang berada di perantauan ni sama sangat macam apa yang semua orang lalui sekarang sepanjang PKP ini.

“Jadi, sekarang ni saya rasa sekurang-kurangnya rakyat Malaysia tahu perasaan beraya di perantauan.

Diddy sudah menetap di UK bersama isteri dan dua anaknya.

“Kami cuma duduk rumah. Kunjung-mengunjung juga ada bersama komuniti kecil Malaysia di sini tapi tidak terlalu meriah dan bilangan komuniti juga semakin berkurang.

“Baju raya pun dah berapa tahun kami pakai yang sama. Memang semuanya serba sederhana. Kami hanya sambut hari raya pertama sahaja, hari raya kedua, ketiga dan seterusnya dah macam hari-hari biasa,” katanya kepada mStar.

Mengulas keadaan semasa sepanjang Cov1d-19, Diddy menjelaskan perintah berkurung di sana tidak terlalu ketat dan masih ada yang keluar rumah tanpa rasa takvt.

Sebagai anak Malaysia, Diddy turut meluahkan rasa bangga dan kagum terhadap kepimpinan kerajaan negara ini.

Diddy Hirdy sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah di University of Liverpool.

“Perlaksanaan perintah berkurung di sini tidak seperti di Malaysia, ia lebih kepada kepercayaan yang kerajaan letak kepada rakyat sendiri untuk tidak keluar sesuka hati.

“Kalau di Malaysia, polis dan tentera membuat kawalan yang ketat, suhu akan diperiksa sebelum masuk ke sesebuah kedai.

“Diddy lihat langkah yang diambil kerajaan Malaysia dalam mengendali PKP sangat berkesan. Diddy sangat bangga dengan kepimpinan kerajaan Malaysia,” katanya.

Sempat mengimbau kenangan menyertai AF4, Diddy akui dia bangga menjadi sebahagian daripada program realiti tersebut.

Diddy sangat bangga dengan kepimpinan kerajaan Malaysia

DIDDY HIRDY

PENYANYI

Katanya, AF merupakan platform di mana dia membesar sebagai seorang artis dan membawanya ke tahap seorang manusia dan juga ahli ilmiah dalam bidang muzik.

“AF yang membawa Diddy di mana Diddy berada sekarang. Ia juga memberi makna yang sangat mendalam apabila Diddy membesar sebagai seorang artis.

“Daripada AF sekarang sampai PhD jadi Diddy harap ia bawa perkara yang baik kepada industri hiburan kita dari sudut ilmiah,” jelasnya.

Diddy melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) University of Liverpool dalam bidang muzik dan menetap di Scotland bersama isteri dan dua orang anak.

 

Sumber: mStar 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*