“Tak Pernah Terpikir Akan Jadi Momdad…”- Rita Rudaini

Umum semua sedia tahu bahawa pada 10 Mei merupakan tarikh pada setiap tahun kita akan menyambut hari ibu. Sudah tentu, hari berkenaan menjadi hari yang sangat bermakna buat para ibu.

Hal ini turut dirasai oleh selebriti terkenal, Rita Rudaini yang menjadi antara wanita bergelar ibu tunggal yang turut membuatkan ramai kagum dengan ketabahannya dalam membesarkan dua orang anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang kini membesar dengan baik.

Menerusi Instagram milik Rita Rudaini, dia turut memberikan ucapkan selamat hari ibu buat wanita yang menjadi ‘momdad’ seperti dirinya.

Ucapan Rita Rudaini sempena hari ibu membuatkan dia menulis kapsyen meluahkan rasa bertuahnya yang dipilih menjadi momdad kepada kedua-dua anaknya meskipun tidak pernah terfikir akan hal itu.

“Xpernah terpikir akan jadi momdad… dalam masa yang sama rasa bertuah dipilih menjadi momdad.

“Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita ada sebab…. dan Allah keluarkan dia dari hidup kita for a better person… someone special and better for me ialah Ryan and Arjuna.

“Mommy bangga jadi momdad pada Ryan and Arjuna. Hepi mom’s day to all momdad,” ujarnya menerusi posting.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Xpernah terpikir akan jadi momdad…dlm masa yg sama rasa bertuah di pilih menjadi momdad…ALLAH hadirkan seseorg dlm hidup kita ada sebab…dan ALLAH keluarkan dia dr hidup kita for a better person….someone special n better for me ialah Ryan n Arjuna…Mommy bangga jd momdad pd Ryan n Arjuna 😘 Hepi mom’s day to all momdad ❤️

Siaran dikongsi oleh RITARUDAINI® (@ritrud727) pada

Dalam pada masa yang sama, Rita Rudaini turut memuat naik beberapa keping foto berkongsi saat-saatnya bersama kedua-dua anak lelakinya itu.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet dan rakan selebriti turut meninggalkan pelbagai maklum balas selain juga mendoakan yang terbaik buatnya dan anak-anak.

Reaksi ramai diruangan komen

Sumber: Instagram Rita Rudaini via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*