‘Wipe It Down Challenge’ Versi Uyaina Arshad, Boleh Tahan!

Sejak akhir-akhir ini cabaran internet Wipe It Down menjadi pilihan ramai selebriti dan bintang media sosial melakukannya. Cabaran yang memerlukan individu mengelap cermin di rumah dan kemudiannya muncul versi lain orang tersebut agak menarik untuk ditonton.

Biarpun hanyalah suka-suka, namun beberapa gaya kreatif yang ditonjolkan menerusi cabar4n ini membuatkan penonton lebih terhibur. Antara yang menarik adalah versi dari Sofyank yang menggunakan badut seram sebagai watak tambahan. Pastinya video Wipe It Down Challenge dari Sofyank tidak pernah mengecewakan kerana bakat kreatif yang ada padanya.

Namun begitu, baru-baru ini seorang pelakon dan pengacara bernama Uyaina Arshad juga turut terjebak melakukan Wipe It Down Challenge ini. Dengan berbekalkan wajahnya yang ayu, Wipe It Down Challenge versi Uyaina Arshad ini boleh tahan menarik.

Berikut video selebriti ini melakukan cabaran internet itu yang dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya:

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#WipeItDownChallenge 🦁

Siaran dikongsi oleh UA (@uyainaarshad) pada

Alahai, buat cabaran internet pun tetap nampak ayu dan sopan! Video Wipe It Down Challenge versi Uyaina Arshad ini meraih lebih 229 ribu tontonan dan 44 ribu likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video yang dikongsikan selebriti ini di ruangan komen seperti berikut:

“Hahahha..so funny!”

“Manis sangat lah”

“Lucu Yana menghiburkan la…”

 

Sementara itu, ini pula antara kisah Wipe It Down Challenge yang pernah kami kongsikan sebelum ini. Memang menarik dan lain dari yang lain!

 

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*