“Dua Ketul Ni Kan” – Lailer Dan Jekfer Kembali Curi Perhatian

Lailer dan Jekfer, dua nama watak yang cukup terkenal dalam drama Kampung People. Drama ini menjadi satu fenomena luar biasa pada tahun lalu kerana watak-watak dan juga jalan ceritanya yang memang sesuai ditonton santai bersama keluarga.

Khabar angin mengenai akan ada Kampung People 2 nampaknya semakin menjadi realiti selepas pengarah drama ini sendiri berkongsikan satu gambaran naskah skrip drama tersebut beberapa hari lalu.

Drama Kampung People yang membariskan pelakon seperti Riena Diana, Elly Mazlein, Hun Haqeem dan ramai lagi ini mengisahkan mengenai keluarga Razif yang bersembunyi di kampung dari bekas majikannya yang juga penjenayah. Di kampung mereka sekeluarga menukar identiti dengan menggunakan nama lain.

Penyamaran mereka berjaya hingga ke akhirnya. Drama ini boleh cukup menghiburkan dengan pelbagai gelagat setiap satu watak yang ditonjolkan. Terbaru, Elly Mazlein berkongsikan satu foto ketika sesi pengambaran montaj drama tersebut.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ce teka.. Sy tengah buat apa tu??? . Photoshoot utk cerita apoooo??? . A K A N D A T A N G

Siaran dikongsi oleh 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein) pada

Biar pun tidak dinyatakan dengan jelas, namun melihatkan gaya tudung yang dipakai itu pun sudah boleh agak untuk drama Kampung People. Selain dari itu, baru-baru ini video Lailer dan Jekfer yang dikongsikan oleh Instagram Hot FM turut kembali curi perhatian ramai.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lailerrr & Jekferrrr!! Siapa rindu? 🤪 @rienadiana_ @hunhaqeem #kampungpeople

Siaran dikongsi oleh Hot FM (@hotfm976) pada

Video pendek ini telah meraih lebih 140 ribu tontonan dan 13 ribu likes. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Kome berdua ni memang sesuai..Luv it”

“Hahahha memang best citer ni…”

“Dua ketul nie kann”

 

 

Sumber: HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*