“Dua2 Idol”- Foto Jep Sepahtu & Tam Spider Curi Tumpuan Warganet,

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi dan komposer terkenal, Tam Spider atau nama sebenarnya Rustam Mustafa. Walau bagaimanapun, sekeping foto dikongsikan oleh Jep Sepahtu menerusi Instagram peribadinya ternyata membuatkan warganet menggamit memori melihat dia.

Berkongsikan makanan laksa Johor, kedua-dua selebriti ini menerima pelbagai reaksi teruja peminat dan pengguna Instagram. Manakan tidak, penyanyi legend Tam Spider sudah lama berjaya menambat hati netizen dengan bakatnya dalam bidang nyanyian mahupun pengubah lagu.

Tidak dinafikan, kumpulan Spider yang cukup popular menerusi lagu Rela ku Pujuk ini sentiasa menjadi antara kumpulan yang menjadi perhatian. Lihat saja perkongsian foto Jep, dalam masa yang sekejap juga sudah meraih ribuan tanda suka.

“Alhamdulillah… ini yang dimaksudkan laksa naik podium. Terima kasih bang…” ujar Jep di Instagram.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah.. ini yang dimaksudkan laksa naik podium 🏆🏆 Terima kasih bang @tammustafah 🤗🤗#laksajohor

Siaran dikongsi oleh Jepsepahtu (@jepsepahtu) pada

Malah, pelbagai maklum balas positif dimana ada juga netizen yang menjadikan dia bersama Jep sebagai idola. Jep yang merupakan ahli kumpulan Sepahtu jarang sekali terpalit kontroversi dan pelbagai sikap baiknya sering mendapat pujian warganet.

Jadi tidak mustahillah, Jep Sepahtu menjadi inspirasi buat orang ramai sehingga dia juga antara pelawak digemari netizen dalam industri hiburan tanah air.

“Abang Tam Spider la…”

“Dua-dua gua minat”

“Idola…”

Sumber: HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*