Hamil 7 Bulan, Eyra Hazali Umum Jantina Anak – “Ada Geng Main Bola La Lepas Ni!”

PELAKON Eyra Hazali dan suaminya, penjaga gol JDT Muhammad Haziq Nadzli mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Eyra, 21, yang kini hamil tujuh bulan itu berkongsi khabar gembira tersebut di lnstagram pada Sabtu.

“It’s a boy!

“Alhamdulillah, mama dan papa tak sabar nak jumpa awak!

Eyra Hazali dan suaminya, Haziq Nadzli bakal timang cahaya mata lelaki.

“Papa paling teruja sebab ada geng, sampai baju tu custom made,” tulisnya.

Peminat Eyra turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan berkongsi rasa gembira mereka.

“Ada geng main bola la lepas ni,” kata seorang peminat.

“Tahniah. Mesti power main bola macam papa dia nanti,” tulis seorang lagi peminat.

Pelakon filem M4M4 ini dijangka bersalin pada Ogos ini.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana di Masjid As Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur.

Sumber: mStar 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*