“Kasihan…Apapun Comel”- Reaksi Adik Ini Disakat Mengenai Perutnya

Kadang-kadang apabila melihatkan gelagat anak-anak kecil yang cukup bersahaja memang mampu buat rasa geli hati. Apatah lagi apabila apa yang cuba diperkatakan mereka dengan mimik muka tanpa rasa bersalah dan sebarang emosi.

Sama seperti gelagat seorang adik ini yang disakat mengenai perutnya yang videonya menjadi tular baru-baru ini. Dalam video tersebut kelihatan kanak-kanak tersebut menangis teresak-esak. Juga kedengaran dia meminta maaf kepada perutnya dan berjanji tidak akan makan banyak lagi selepas ini.

Berikut adalah rakaman yang dikongsikan semula oleh Facebook ERA Sabah yang memaparkan gelagat adik ini:

Nah kesian bah kena bilang perutnya mau meletup sebab kuat makan šŸ˜‚ #ERASabahKongsišŸŽ„ Prima Kosmetik

Posted by ERA Sabah on Saturday, June 20, 2020

Alahai kesiannya adik ini ya, comel pun ada! Takut betul perut dia meletup dek kerana makan banyak. Yang si ibu pun boleh tahan juga mengusik. Rakaman gelagat adik ini disakat tersebut berdurasi kurang dari satu minit telah meraih lebih satu juta tontonan dan 21 ribu shares.

Rata-rata warganet yang menonton gelagat adik ini meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

ā€œIni cara mama dia psiko dia supaya diet makan sikit sebab risau tengok dia semakin gemuk. Good idea ni cute bhaā€¦ā€

ā€œAdoiiii dikkk..Thanks laa buat akak gelakkk..rase macam dah lama tak gelakā€

ā€œKami sebagai bapa2 yang memiliki perut besar terkesan dengan video ini. Mulai saat ini kami ingin meminta maaf kat perut..Kami tak mahu makan banyak lagi..sekianā€

 

Sumber: HCLĀ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*