“Kita Manusia…”- Posting Nabila Razali Buat Ramai Tinggalkan Kata-Kata Semangat

Pelakon dan penyanyi Nabila Razali memuat naik satu kapsyen panjang menerusi laman Instagram miliknya dengan meminta maaf dan meluahkan perasaaannya telah mendapat perhatian peminat dan rakan selebriti sejak semalam.

Baru-baru ini, tidak disangka-sangka selebriti berusia 27 tahun ini menjadi buah mulut warganet selepas satu rakaman video nyanyian secara langsung yang terkucil menjadi tular.

Nabila Razali telah mempersembahkan lagu Peluang Kedua iaitu lagu terbarunya yang dicipta oleh Hael Husaini menerusi satu program MegaRaya Ria namun lain pula yang jadi. Pun begitu, penyanyi ini telah memuat naik satu posting sehingga mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

“Assalamualaikum, first and foremost, I’m so sorry for letting you guys down. I have nobody to blame but myself. Will definitely improve myself in future. Bella pasti setiap apa yang belaku pasti ada hikmahnya.

“Kepada yang DM, whatsapp & call to comfort me, thank you so much sebab selalu ada bersama Bella & showing so much love (you know who you are). I really need it right now. Bella doakan segala yang baik2 buat anda semua. Goodnight.”

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Second Chance 💔 (@nabila.razali) pada

Penyanyi ini juga pasti apa yang berlaku mempunyai hikmahnya dan disamping dia turut mendoakan yang baik-baik buat semua.

Menjenguk ke ruangan komen, ramai memberikan kata-kata semangat buat penyanyi ini dan menenangkan Nabila Razali bahawa perkara sedemikian pasti berlaku kepada setiap penyanyi.

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*