“Mudah Betul…”- Zulin Aziz Prank, Warganet Puji Fikry Sanggup Bagi RM29k!

Buat peminat rancangan hiburan Trek Selebriti, pastinya sudah biasa dengan segmen prank yang dikenakan kepada para selebriti jemputan terhadap orang yang dikenali mereka sekali gus berjaya mencuit hati penonton.

Video teaser rancangan hiburan ini pula sering dikongsikan sebelum ia ditayangkan pada setiap Rabu pada jam 11 malam menerusi siaran Astro Ria bersama hos Aliff Farhan.

Jika pada minggu lalu, warganet dapat melihat video pendek Nabila Razali membuat prank terhadap ibunya, kali ini tidak disangka-sangka penonton dapat melihat gelagat selebriti serba boleh, Zulin Aziz pula apabila dia turut tidak terkecuali melakukan prank.

Nampaknya, video prank Zulin Aziz turut menarik perhatian peminat dan pengikut apabila dia juga memuat naik rakaman prank di Instagram miliknya sehingga hampir mendapat 170 ribu tontonan sejak dikongsikan semalam.

Pada kali ini, Zulin Aziz perlu membuat prank terhadap rakan pelakon, Fikry Ibrahim. Menggunakan bakat lakonannya, dia berlakon dengan meminta bantuan Fikry mengenai wang dan dia yang pada mulanya mengadu tentang wang sewa rumah lalu diberikan sebanyak RM 9,000.

Bukan hanya itu, Zulin mengadu pula mengenai kedai yang memerlukan wang sebanyak RM 20 ribu dan dengan mudah, Fikry sanggup memberikan kepada rakannya itu.

“Ni kawan susah senang…”

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rm29 k boleh shopping tak?🤣 Tp seriously.. @fikryibrahim ni org yg sangat baik hati. Itu baru sikit korang tau siapa dia.Sembahyang,mengaji,jaga keluarga dia..anak yg baik. Haaa… dah puji ni.Bankin la betul2🤣. Ni kawan susah senang. Kita jangan ingat kawan bila susah je,bila senang hilang kemana.kita pun xkan tolong org tu sesuka hati. Berkawan dengan org baik2 tu pun rezeki. Ni pesanan jgk kat korang semua..walaupun kita tau dia baik hati,jgn pernah ambik kesempatan kat org tu. . . . #Repost @aliffarhan_jr ・・・ Beruntung dapat kawan cam @fikryibrahim , time member susah pun sanggup sedekah💪🏻🤣💯 Korang jangan lupa layan Trek Selebriti Musim Terbaru bersama @zulinaziz dan hos @aliffarhan_jr 🔥🔥🔥 SETIAP RABU| 11.00PM | ASTRO RIA #trekselebriti

Siaran dikongsi oleh زولين عزيز (@zulinaziz) pada

Dalam pada itu, diruangan kapsyen Zulin sememangnya akui bahawa pelakon itu merupakan seorang yang baik hati. Diruangan komen pula, ternyata sikap baik Fikry membuatkan dia menerima pelbagai reaksi positif warganet.

Reaksi ramai

 

Sumber: HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*