“Pak Dia Lentik Lebih…”- Video Lucu Shukri Yahaya & Anak, Wajah ‘Helok’ Jadi Perhatian

Pelakon, Shukri Yahaya bukanlah seorang selebriti yang asing lagi dalam dunia hiburan malah dia merupakan salah seorang jejaka Malaysia popular dan bakatnya juga tidak dinafikan mampu membuatkan penonton di kaca televisyen terkesan.

Malah, dramanya berjudul 7 Hari Mencintaiku juga sehingga kini menjadi buah mulut orang ramai sekali gus membuatkan dia antara pelakon pilihan yang dinanti-nanti warganet.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Okay saya cakap sini jelah, tulis lg senang.. senyamat, ahhh SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN! #7harimencintaiku2

Siaran dikongsi oleh 𝒮𝒽𝓊𝓀𝓇𝒾 𝒴𝒶𝒽𝒶𝓎𝒶 (@shukriyahaya) pada

Pun begitu, dikhabarkan juga drama trending 7 Hari Mencintaiku itu bakal menemui penonton lagi dan ianya mengembirakan peminat drama tempatan.

Dilaman Instagram miliknya juga menjadi perhatian warganet apabila dia mempunyai 2.3 juta followers, nampaknya bukan sahaja popular di kaca televisyen malah menerusi media sosial juga.

Walau bagaimanapun, Shukri Yahaya yang sering dipanggil Jericho Rosales Malaysia turut aktif dan selain berkongsikan perkembangan kerjayanya, dia juga terbuka untuk memuat naik saat-saat bahagia dengan anak dan isterinya.

Pelakon ini berkahwin dengan wanita pilihan Tya Adnan pada November 2015 dan kini semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, Aaira Ameena dan tidak lama lagi, dia bakal menimang cahaya mata kedua.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Hari Raya !

Siaran dikongsi oleh 𝒮𝒽𝓊𝓀𝓇𝒾 𝒴𝒶𝒽𝒶𝓎𝒶 (@shukriyahaya) pada

Terbaru, apa yang mencuit hati peminat dan rakan selebriti apabila dia memuat naik gelagatnya bersama puterinya itu yang turut membuatkan mereka terhibur melihat pelakon ini melakukan aksi meniru gaya anak perempuannya itu.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Girls will be girls 😒😍 📹 by mommy @tyaadnan

Siaran dikongsi oleh 𝒮𝒽𝓊𝓀𝓇𝒾 𝒴𝒶𝒽𝒶𝓎𝒶 (@shukriyahaya) pada

Selain membuatkan netizen terhibur, wajah ‘helok’ Shukri Yahaya dan anak juga menerima pelbagai reaksi diruangan komen dengan lebih 900 komen ditinggalkan.

“Pak dia lentik lebih aihhh”

“Ala… kenape comel sangat haha…”

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*