“Part Ni Sumpah Kelakar… Terbahak-Bahak Family Aku Gelak”

Seperti biasa, rancangan I Can See Your Voice Malaysia menjadi pilihan penonton untuk menghiburkan diri dengan konsepnya yang berbeza daripada rancangan lain dimana seorang penyanyi dijemput untuk meneka siapakah antara peserta penyanyi sebenar atau penyamar yang bersuara sumbang.

Episod terbaru pada malam tadi pula menampilkan tetamu jemputan iaitu Naim Daniel bersama dua penyiasat jemputan Fara Fauzana dan Ungku Haris yang merupakan suami kepada Jihan Muse

Rancangan ini sememangnya diakui penonton bukan sahaja meriah gara-gara gandingan penyiasat tetap seperti Jihan Muse, Mark Adam dan Yusry Abdul Halim malah dengan gandingan Shuk Sahar bersama Sean Lee sebagai pengacara juga tidak mengecewakan penonton.

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian penonton dan warganet sejak semalam juga tidak disangka-sangka babak dimana gelagat seorang peserta mencuri tumpuan mereka yang dikatakan merupakan anak saudara pengacara berkenaan.

Peserta tersebut bernama D. Muhd Shyukur Ashrey dan oleh kerana namanya juga kelihatan sama dengan Shuk membuatkan babak mereka bersama tular.

Seperti yang diketahui, dia yang juga merupakan penyampai radio Hot FM dan menerusi Instagram babak rakaman Shuk bersama peserta itu juga dikongsikan lalu menerima pelbagai reaksi warganet yang terhibur dengan mereka.

“Hahahaha buat hal la Shuk! Dia bawak anak buah dia masuk I Can See Your Voice pulak…”

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

HAHAHAHA buat hal la Shuk! Dia bawak anak buah dia masuk I Can See Your Voice pulak 🤣 “Anak buah pengacara terkenal” 😂 Tak puas hati betul panel juri hahahaha! Memang kelakar episod ni! Terbaik la anak buah Shuk ni @aacikkk_ 😜 @shuk_hotfm @tv3malaysia #icsyvmy

Siaran dikongsi oleh Hot FM (@hotfm976) pada

Di ruangan komen, rata-ratanya akui babak Shuk bersama peserta ICSYVM itu membuatkan mereka gelak besar melihatnya.

Sumber: HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*