“She Is So Profesional!”- Intan Ladyana Ulas Hubungan Cinta Di Melodi

Siapa saja yang tidak kenal dengan pelakon, Intan Ladyana dimana dia dahulunya antara selebriti yang sangat popular dengan filem-filem lakonannya seperti Jangan Pandang Belakang, Adnan Sempit, Bini-Biniku Gangster dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, Intan Ladyana kini kembali dengan beberapa drama di kaca televisyen yang tentunya sering menjadi perhatian buat peminatnya.

Pun begitu, sejak kebelakangan ini pula dia menjadi bualan hangat dilaman sosial apabila hubungan cintanya dengan seorang penyanyi dan pengacara, Harris Alif didedahkan dan menerima pelbagai reaksi ramai kerana jarak umur mereka.

Namun itu tidak menjadi penghalang untuk mereka meneruskan hubungan kerana sikap matang antara satu sama lain. Akhirnya juga Intan Ladyana menerusi rancangan popular, Melodi berbicara mengenai kisah cintanya kepada umum.

Seperti yang diketahui, dia merupakan seorang selebriti yang lebih suka berbicara mengenai kerjaya berbanding hal peribadi yang sukar untuk dia berbicara lebih lanjut.

Bagaimanapun, dia tidak menyorok perhubungannya dengan Harris Alif dan dalam pada masa yang sama, dia berbicara mengenai jurang umur yang akui ada dan memberitahu bahawa kekasihnya itu lebih matang daripada usianya.

Menerusi rakaman di Instagram Melodi pula, dia memberitahu dirinya ada juga memuat naik mengenai Harris Alif melalui laman sosial peribadinya namun tidak semua baginya untuk dikongsikan.

Di Youtube pula, rata-rata memuji sikap pasangan ini dan dalam pada masa yang sama, netizen turut memberikan reaksi positif terhadap Intan Ladyana yang dianggap profesional.

Sumber: HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*