Shuib Kongsi Keadaan Rumah Sebelum Raja Lawak, “Aku Tengok Pun S3bak…”

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira bin Muhamad merupakan antara pelawak yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Sepah telah memenangi rancangan realiti Raja Lawak musim ketiga sebagai juara pada tahun 2009.

Sehingga kini pelbagai anugerah diterima oleh pelawak ini dimana dia juga bukan sekadar pelawak malah dia turut berlakon dan menjadi penyampai radio. Kini, dia juga berjaya menerusi bidang perniagaan dan sejak belakangan ini namanya menjadi sebutan ramai.

Walau bagaimanapun, pelawak ini dipuji kerana seorang yang humble dan menerusi rakaman yang dikongsikan oleh Shuib menerusi Youtube miliknya ini meraih ribuan tontonan.

Ini kerana, dia berkongsikan keadaan rumahnya sebelum ini, katanya kepada subscibers di Youtube dia membawa mereka berjalan-jalan dekat kampungnya dimana ia merupakan tempat dia membesar sejak berusia 8 bulan sehingga 17 tahun.

Shuib akui terlalu banyak kenangan dia di tempat tersebut sehingga dia juga merasa sebak. Melalui video, Shuib turut menunjukkan keadaan dalam rumah.

Dia yang kini semakin berjaya lalu membuatkan warganet memuji sikapnya yang tidak melupakan asal usul malah usahanya yang dapat mencapai kejayaan sekarang membuatkan dia juga menjadi inspirasi.

Dalam pada masa yang sama, warganet turut memberikan pandangan supaya Shuib mengubah suai rumah itu agar boleh dijadikan homestay.

“Mengamit memori banyak kisah suka duka…”

“Aku tengok pun sebak…”

 

Sumber: CL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*