Shuk, Fizie & Shuib Berbalas ‘Pickupline’ Dengan Fatin Afeefa Cuit Hati Warganet

Menggunakan Pickupline sememangnya bukanlah satu yang baru kerana ia sudah menjadi satu trend untuk seseorang itu ‘mengayat’ sehingga terdapatnya lambakan ayat-ayat manis yang boleh juga dijumpai menerusi laman sosial.

Kebiasaannya pickupline digunakan dengan cara seseorang itu memberikan ayat-ayat manis untuk mengorat pasangan namun ia juga dijadikan satu segmen popular dirancangan di kaca televisyen dimana para selebriti turut menyahut cabaran membuat pickupline ‘bersemut’.

Ternyata, warganet juga dapat melihat tiga gandingan penyampai radio Hot FM terkenal iaitu Shuk Sahar, Fizie dan Shuib Sepahtu bersama seorang selebriti, Fatin Afeefa melakukan pickupline dimana mereka saling berbalas ayat ‘sweet.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thank you @fatinafeefa tolong kitorang bagi Shuk makan durian buat pertama kali dalam hidup dia 🤣 @shuk_hotfm @shuibsepahtu @fizie_hotfm #GengPagiHot #HotFM

Siaran dikongsi oleh Hot FM (@hotfm976) pada

Fatin Afeefa dilihat menjadi tetamu jemputan tiga penyampai radio Geng Pagi Hot disaat mereka bersama memakan durian. Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian juga dimana Shuk, Fizie dan Shuib dilihat memberikan pickupline kepada pelakon tersebut.

Dalam pada masa yang sama, tidak disangka-sangka Fatin Afeefa turut membalas pickupline mereka yang bertemakan durian sehingga mencuit hati warganet.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tapi last sekali kena reject la 🤣🤣 @fatinafeefa @shuk_hotfm @shuibsepahtu @fizie_hotfm #GengPagiHot

Siaran dikongsi oleh Hot FM (@hotfm976) pada

Video dikongsikan di laman Instagram Hot FM itu selain meraih ribuan tontonan, diruangan komen juga menerima pelbagai reaksi lucu warganet terhadap mereka.

“Hahaha alamak sedihnya kena reject”

 

“Aku pun nak gelak guling2 macam Fatin gak…”

 

Sumber: HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*