Dah Besar Dah Dia, Kacak Dah… Muka Dari Dulu Sampai Sekarang Tak Berubah Pun

Selain selebriti terkenal Elfira Loy, adiknya yang dikenali sebagai Ahmad Ezzrin Loy juga antara pelakon kanak-kanak berbakat dan sehingga kini masih saja menjadi perhatian warganet.

Ezzrin Loy ketika menjadi pelakon kanak-kanak juga sering mewarnai kaca televisyen dengan pelbagai drama dan menerima pujian peminat drama tempatan kerana kelebihannya membawakan bermacam-macam watak meskipun masih kecil.

Walau bagaimanapun, dia yang kini juga merupakan seorang pelakon dan model sentiasa menjadi perhatian dan kelmarin pula, Ezzrin Loy menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-23.

Turut aktif dilaman Instagram peribadinya, Ezzrin Loy tidak ketinggalan untuk berkongsikan perkembangannya kepada peminat.

Apa yang menjadi perhatian, kakaknya di Instagram mengambil kesempatan untuk mengucapkan ulang tahun kelahiran buat Ezzrin Loy yang turut meraih perhatian peminatnya dimana dia dikatakan sejak kecil sehingga kini sudah mencecah usia 23 tahun wajahnya masih sahaja tidak berubah.

Membuatkan orang ramai geram dengan kecomelannya ketika menjadi pelakon kanak-kanak, kini gelagatnya juga sering menjadi tumpuan warganet.

Menerusi video dikongsikan, Ezzrin Loy dilihat berjaya menjawab soalan dan perkongsian Elfira Loy mengundang gelak ramai membaca kapsyennya.

“Sebab harijdi dia so kita kasilah video yang nampak pandai sikit yang weng weng kita simpan. Happy birthday adik… i always believe that you can do whatever you want in this world sooo its time for you to decide and focus on that…”

Lalu diruangan komen, netizen terhibur dengan gelagat kedua-dua pelakon ini di Instagram dan dalam pada masa yang sama meninggalkan maklum balas seperti berikut:

“Kakak penyayang ni”

“Dah besar dah dia…”

Sumber: HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*