Ella Nyanyi Semula ‘Standing In The Eyes Of The World’, Berkolobrasi…

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan ‘Ratu Rock’ Malaysia ini. Ella, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Lagu-lagu yang dinyanyikannya seperti Sembilu, Tenda Biru, Gemilang dan banyak lagi sehingga kini masih ada yang meniti di bibir peminatnya.

Selain dari lagu di atas, Standing In The Eyes Of The World juga antara yang popular di Malaysia kerana bait liriknya yang penuh makna. Terbaru, lagu ini telah dipilih untuk dinyanyikan semula sempana Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat.

Lagu Standing In The Eyes Of The World ini dipilih oleh Kedutaan Amerika Syarikat sendiri. Dalam video Ella nyanyi semula Standing In The Eyes Of The World ini turut kelihatan gabungan bersama Zee Avi, pemain gitar Gun N’ Roses dan ramai lagi.

Berikut adalah video tersebut:

Setakat ini video Ella nyanyi semula Standing In The Eyes tersebut telah meraih lebih 64 ribu tontonan. Menerusi perkongsian Ella di Instagram miliknya, dia teruja apabila Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur memilih lagu Standing In The Eyes Of The World bagi menyambut Hari Kemerdekaan mereka.

Tambahnya lagu kerjasama ini adalah diplomasi kebudayaan yang menampilkan pemuzik dan artis dari Amerika Syarikat dan Malaysia.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ella teruja Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur memilih lagu ‘Standing In the Eyes Of the World’ bagi menyambut Hari Kemerdekaan mereka . Kerjasama istimewa ini merupakan diplomasi kebudayaan yang menampilkan pemuzik dan artis dari kedua negara. Atas semangat bersama ini terhasillah rakaman terbaru kolaborasi untuk lagu “Standing in the Eyes of the World” . . Video muzik ini menampilkan Ella , Zee Avi dan beberapa alumni program American Music Abroad , sebuah program pertukaran tajaan Kerajaan Amerika Syarikat yang menghantar pemuzik mereka ke seluruh dunia setiap tahun . Enjoy this song and ‘Happy Independence Day ‘ my fellow Americans . #peaceloverindu

Siaran dikongsi oleh E L L A (@ellaaminuddins) pada

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya meninggalkan reaksi turut tumpang berbangga dengan kolobrasi tersebut.

 

Sumber:HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*