“Semalam Mimpi Berlakon Drama Korea” – Kreatifnya Nazim Othman!

 

Buat peminat drama Korea pastinya pernah menonton Legend Of The Blue Sea. Drama fantasi, romantik dan komedi ini ditayangkan pada tahun 2017 yang membariskan pelakon hebat seperti Lee Min-ho, Jun Ji-hyun, Shin WonHo dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang hubungan antara manusia dan lagenda ikan duyung, drama ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, salah seorang pelakon lelaki di Malaysia, Nazim Othman juga turut meminati drama ini.

Malah baru-baru ini Nazim Othman sunting video pendek dari drama ini dan menggabungkan dengan babak lakonannya. Hasil video suntingan itu memang nampak ‘smooth’ seolah seperti dia turut berlakon dalam drama itu. Kreatifnya Nazim Othman!

Berikut adalah video terbaru yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya itu:

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#LegendOfTheBlueSea ; diselamatkan mermaid cantik. Muka pun tetiba bertukar jadi Lee Min Ho. 🤪🤪🤪 #AtLeastImCreative #BeranganIsFree

Siaran dikongsi oleh nazimothman (@nazimothman) pada

Biar pun hanya berdurasi dua minit 38 saat, namun video ini telah meraih hampir 90 ribu tontonan dan lebih 15 ribu likes. Mimpi pun mimpilah Nazim, janji terbaik video ini!

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka selepas menonton video kreatifnya Nazim Othman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Asssudah mai daa mood Korea diaa”

“Wah, sedar-sedar terus jadi Lee Min Ho ek. Kerlass sangat”

“Nak lemas gak la mana tau bangun2 jadi Lee Min Ho jugak hahaha”

 

 

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*