“Semua Dah Tak Available Kot”- Wany Hasrita Buat Ramai Kecewa…

Semalam berita mengenai Mira Filzah mengakui sudah menjadi tunangan orang membuatkan ada segelintir yang patah hati. Namun itu semua biasalah bila sudah meningkat usia, pasti selebriti ini juga mahu membina keluarga masing-masing. Mereka juga manusia biasa…

Walaubagaimanapun menerusi perkongsian satu foto dikongsikan Wany Hasrita bersama rakan selebriti lain seperti Mira Filzah, Ernie Zakri dan Amira Othman lewat malam tadi membuatkan ramai yang mula meluahkan rasa.

Berdasarkan kapsyen pada foto tersebut, Wany Hasrita menulis “Semua dah tak available kot” membuatkan ramai tersalah faham yang menyangkakan keempat-empat selebriti ini sudah pun berpunya. Namun Wany Hasrita kemudiannya menyambung di bahagian bawah Tweet yang dikongsikannya itu seperti berikut:

“….. tak available dh bulan ni. Jadual semua full. Nk set appointment tggu bulan dpn.”

Ini adalah sebagai sambungan kepada kapsyen “Semua dah tak available kot” di atas. Memang ramai juga ‘terkena’ dengan kapsyen Wany Hasrita ini.

Nakal ya Wany Hasrita ni! Perkongsiannya ini turut meraih perhatian ramai dengan lebih 4 ribu retweets dan 23,200 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai hal ini di ruangan komen seperti berikut:

“Uish ni murung kuasa 4 ni”

“Memang lah semua tak available kak..Sebab yang cantik2 biasanya orang punya.”

“Kapal terbang tengah terbang di udara tinggi pun boleh kena hijack”

Sumber: HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*