Video Digelar Zayn Malik Malaysia, Aeril Zafrel Nak Cuba Ikat Rambut

Pelakon, Aeril Zafrel seringkali mencuit hati warganet dengan gelagat lucunya menerusi Instagram, ternyata satu perkongsian videonya ini turut membuatkan orang ramai terhibur.

Suami kepada pelakon, Wawa Zainal ini sememangnya sentiasa menjadi perhatian dilaman sosial peribadinya dengan mempunyai 4.6 juta followers dimana dia bukan sahaja berkongsikan perkembangan kerjaya malah turut memuat naik content lucu kepada peminat.

Walau bagaimanapun, menerusi muat naik terbaru Aeril Zafrel menjadi perhatian apabila dia cuba untuk mengikat rambutnya yang dilihat semakin panjang sejak musim kuarantin dijalankan baru-baru ini.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ini ke kata pepatah. Disebalik kejayaan seorang suami ada isteri Di belakang??

Siaran dikongsi oleh AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) pada

Namun begitu, ternyata penampilan terbaru menerusi video ini menarik perhatian warganet apabila dia dilihat cuba untuk tampil berbeza dan bertanya kepada warganet adakah okay dia mengikat rambut.

“Ok tak ikat??”

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ok tak ikat??

Siaran dikongsi oleh AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) pada

Biarpun begitu, dia yang diakui ramai salah seorang selebriti lelaki yang mempunyai paras rupa membuatkan peminat mengatakan dia berbuat apa-apa pun tetap kelihatan ‘helok’ sahaja.

Dalam pada masa yang sama, ada juga merasakan dia kelihatan seperti penyanyi terkenal Zayn Malik dan Ali Gatie apabila menunjukkan penampilan terbarunya itu. Warganet juga berseloroh dengan pelakon ini diruangan komen seperti berikut:

“Buat apa pon tetap elok banghang”

“Macam Zayn Malik sudah”

“Macam Ali Gatie dah kau…”

“Ramai dah lelaki2 ikat rambut…”

Sumber: HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*