Zizan Razak Prank Tapi ‘Terpickupline’ Hawa Rizwana, “Untungnya…”

Seperti biasa, segmen prank menerusi rancangan hiburan Trek Selebriti antara yang menjadi perhatian warganet dilaman sosial apabila dikongsikan video teaser kepada umum dimana ia ditayangkan pada setiap Rabu pada jam 11 malam di siaran Astro Ria bersama hos tetap, Aliff Farhan.

Segmen ini sedia maklum, akan adanya para selebriti jemputan dan mereka perlu menelefon seseorang yang dikenali lalu mengenakan dengan pelbagai situasi lucu yang mencuit hati penonton.

Pada minggu lalu, video teaser Zulin Aziz melakukan prank terhadap rakannya, Fikry Ibrahim meraih perhatian, kini tidak disangka-sangka warganet dapat melihat pula gelagat pelawak terkenal, Zizan Razak membuat prank buat penyampai berita, Hawa Rizwana.

Sejak kebelakangan ini, Zizan Razak sering digosipkan dengan Hawa Rizwana dimana wanita jelita ini pernah tular kerana wajahnya yang mempunyai iras dengan Neelofa.

Menerusi video prank dimuat naik Zizan di Instagram, apa yang membuatkan peminat dan pengikut teruja apabila dapat mendengar perbualan mereka berdua dimana pelakon filem, Abang Long Fadil itu turut memberikan ‘pick up line.’

“Adoii baru nak prank dia, terpickupline la pulak. Korang jangan lupa layan Trek Selebriti…”

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Adoiii baru nak prank dia, terpickupline la pulak😂💥💯 Korang jangan lupa layan Trek Selebriti Musim Terbaru bersama @zizanrazak869 dan hos @aliffarhan_jr 🔥🔥 SETIAP RABU| 9.30PM ASTRO RIA #trekselebriti @ggs_eurotech_sdn_bhd @hawarizwana

Siaran dikongsi oleh Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) pada

Selain perkongsian video berkenaan hampir meraih 700,000 tontonan, ternyata Zizan Razak dihujani pelbagai komen warganet yang terhibur dengan gelagatnya membuat prank terhadap kembar Neelofa itu dan merasakan mereka sesuai.

“Haa jupo doh jodoh zang”

“Hahaha kanan menuju ke hati. Hahaha terbakk”

Sumber: HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*