Penemuan spesies burung hantu ‘rare’ selepas 125 tahun hilang ditemui di Sabah

BUAT kali pertama dalam tempoh 125 tahun, saintis berjaya mengesan subspesies burung hantu scops di kawasan hutan di Gunung Kinabalu. (Gambar hiasan – Atas)

Memetik laporan p0rtal berita antarabangsa, para penyelidik dari Smithsonian Migratory Bird Center, Washington mengumumkan penemuan semula burung hantu Bornean Rajah yang bermata oren dengan nama saintifik 0tus brookii brookii itu bulan lalu.

Penemuan itu disiarkan dalam Wilson J0urnal of 0rnithology, yang turut disertakan dengan beberapa keping gambar.

Burung hantu scops merujuk kepada spesies biasa dalam keluarga Strigidae, dan ditemui di benua Asia serta Afrika. Ia lazimnya berwarna tanah atau keperangan untuk memudahkan ia menyamar di batang pokok.

Walaupun hampir semua elemen asas ekologi spesies berkenaan seperti suara, biologi pembiakan dan populasi tidak diketahui, corak filogeografi burung itu di B0rneo dan Sumatera, serta corak pada bulu membuktikan ia layak mendapat klasifikasi spesies yang khusus.

Menurut Science Direct, filogeografi adalah bidang kajian yang berfungsi untuk memahami hubungan antara genotip individu dalam spesies atau sekumpulan spesies yang berkait rapat dan menghubungkannya dengan taburan spesies atau kumpulan.

Dengan cara itu, saintis dapat menelusuri sejarah biogeografi populasi infraspesifik dan lebih memahami fakt0r lain seperti aliran genetik dan aspek kolonisasi.

Dalam temu bual dengan majalah Smithsonian, penulis kajian, Andy Boyce memaklumkan penemuan semula spesis itu di Sabah pada 2016, berkemungkinan dipengaruhi faktor masa yang sesuai.

Boyce berada di sana untuk satu projek bersama University of Montana, ketika menerima maklumat tentang burung hantu yang kelihatan aneh dan bermata oren.

“Sekiranya kita tidak mendokumentasikannya pada waktu itu, ia akan ‘hilang’ lagi dan siapa tahu berapa lama ia akan ditemui semula,” kata B0yce kepada majalah berkenaan.

Saiz burung itu dilap0rkan sekitar seperempat lebih besar daripada burung hantu biasa yang berasal dari wilayah ini dan mempunyai bulu berwarna kelabu, hitam dan coklat gelap.

Tidak banyak yang diketahui mengenai 0tus brookii brookii, termasuk lokasi habitat utamanya namun Boyce percaya burung berkenaan tidak dilihat sejak sekian lama kerana kepadatan penduduk di kawasan terbabit yang rendah.

“Ini mengingatkan kita sebagai manusia, dan sebagai saintis, ada banyak perkara dalam dunia ini yang kita belum temui dan fahami.

“Kami menemui banyak perkara baharu setiap hari dan ia masih satu kejutan untuk kami,” kata B0yce.

Menurut badan sains dan alam sekitar, M0ngabay, status pemuliharaan Rajah scops-owl kini disenaraikan sebagai yang paling tidak mendapat perhatian dalam Daftar Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN).

Ia juga menyatakan kawasan hutan di Malaysia semakin terje*jas dengan perubahan iklim 

Sumber : Rentas Asia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*