“Angin saya tak berapa baik dan tak boleh tidur malam ini” Aishah amat kec3wa

Aishah benar-benar kecewa apabila klip video tidak rasmi lagunya, Ketentuan Takdir yang dimuat naik sejak 28 Januari lalu dipadamkan oleh pihak tertentu malam tadi.

Katanya, sebagai seseorang yang boleh dianggap sebagai ‘orang lama’, tidak mudah untuk golongan sepertinya mendapat jumlah tontonan yang tinggi.

Malah kata penyanyi Janji Manismu itu, jumlah 6,000 tontonan pun sudah dianggap besar.

“Kalau saya kata bodoh nanti kecil hati. Tapi ini benar-benar sudah melampau. Angin saya tak berapa baik dan tak boleh tidur malam ini (malam tadi).

“Mungkin ia bukan masalah besar untuk orang lain. Tapi hal ini buat saya teramat sed1h. Saya tahu jika dibandingkan dengan budak baru, jumlah tontonan lebih 6,000 macam tak ada apa.

“Tapi ia berbeza buat saya yang perlu bekerja keras untuk promosi lagu ini. Kamu tak tahu saya cuba sedaya upaya untuk bersaing (dengan artis baru). Kamu tak boleh padam begitu saja,” katanya di media sosial.

Akibatnya, kata Aishah, 57, dia kini perlu bekerja lebih keras untuk meraih tontonan baru.

Kongsinya lagi, kejadian itu berlaku selepas dia meminta judul video terbabit disunting semula memandangkan ia bukan video muziknya yang rasmi.

Sebaliknya, video tersebut dipadam dan digantikan pula dengan hasil nyanyian artis lain.

“Ketentuan Takdir diterbitkan lebih kurang seminggu lalu. Kita baru keluarkan video lirik, bukan video muzik rasmi. Jadi kita minta tukar jangan ditulis muzik video rasmi.

“Seseorang telah memadam seluruh video yang dah peroleh lebih 6,000 tontonan.

“Lebih bagus, dah padam boleh letak video orang lain dan video tu ada 20 tontonan,” katanya. lagi.

Untuk rekod, Aishah berkata kepada Malaysiakini penggambaran video muzik rasmi Ketentuan Takdir dijangka akan bermula pada minggu depan.

Lagu itu dicipta komposer Chevy Amry dengan lirik ditulis oleh Habsah Hassan.

Justeru, Aishah memohon agar peminat membantunya menonton semula pautan baru lagu itu yang dimuat naik semula di platform dalam talian.

“Saya minta rakan-rakan dan peminat tolong tengok balik video itu. Saya cuba tak nak marah pasal hal ini…

“Rakan-rakan, keluarga dan peminat tolonglah tonton balik video saya. Ia akan membawa makna yang besar buat saya,” katanya lagi.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi syarikat yang mempromosikan lagu itu untuk maklum balas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*