Hampir 7 Bulan Menduda, Ini 4 Wanita Cantik Yang Shuib Asyik Dijodohkan

Adik Nur Heliza Helmi, Hazwani, menafikan dirinya adalah wanita ‘misteri’ yang dikaitkan sedang berkawan dengan usahawan serta pelawak terkenal, Shuib.

Hazwani yang ditemui media pada majlis pelancaran filem pertama lakonannya, Road To Heaven, mengakui terkejut ketika mula-mula terbaca dakwaan berkenaan.

“Saya pun tak tahu macam mana dakwaan macam tu boleh timbul. Saya tahu (mengenai isu itu) pun selepas ada individu yang berkongsi mengenainya melalui Instagram.

“Apabila membacanya, saya memang sangat terkejut, tapi taklah sampai terk3san atau terganggu kerana saya tahu perkara tu tak benar,” jelasnya.

Tambah pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi di Universiti Islam Antarabangsa itu, dia sendiri tidak pernah terfikir untuk mendekati Shuib kerana sedang menyelesaikan pengajian yang dijangka tamat Ogos ini.

Katanya, dia hanya mengenali lelaki itu sebagai teman artis.

“Saya kenallah dia sebagai pelawak, tapi nombor telefon dia pun saya tak ada apatah lagi pernah berjumpa mahupun berhubung.

“Jauh lagi perjalanan saya. Saya memang langsung tak terfikir ke arah tu (untuk menamatkan zaman bujang),” katanya di Pawagam P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Ampang Jaya, semalam.

Nampaknya seorang demi seorang, nama selebriti wanita Malaysia yang dikαitkan dengan Shuib, semenjαk dirinya bertukαr stαtus bapa tunggαl.

Siti Nordiana, Hazwani Helmi, Dato Vida dan terbaru Wan Sharmila pula. Seperti tiada k3sudahannya.

Semua wanita yang dikαitkan dengan Shuib cantik dan sopan, namun selepas ini entah siapa pula yang akan dikαitkan pun tidak pasti.

Netizen juga tidak le.tih untuk mencari penggαnti ‘ibu’ yang sesuai untuk keempat-empat anak Shuib.

Memang niat tersebut murni tetapi rasa-rasanya cukuplah setakat ini, tak eloklah untuk Shuib. Lama-lama tαkut orang menyαmpαh dan tak suka pula.

Wan Sharmila ‘j4tuh sayang’ dengan peribadi anak Shuib, Talita

Pelakon Wan Sharmila, 40, atau mesra disapa Lala, teruja dapat meluangkan masa bersama anak perempuan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin iaitu Dzahira Talita Zahra.

Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed turut memuji keperibadian Talita, 9, sebagai seorang yang sopan santun dan menghormati orang yang lebih berusia.

“Ini merupakan kali pertama saya berjumpa dengan Talita. Alhamdulillah, semua dipermudahkan dan akhirnya saya dipertemukan juga dengannya.

“Dia seorang anak yang baik, pandai menghormati orang dan pandai buat orang gelak dengan aksi bersahajanya.

“Sama seperti yang saya kongsikan di Instagram, Alhamdulillah Talita sudi berkawan dengan saya dan kami serasi bersama. Seronok rasanya dapat meluangkan masa bersama,” katanya.

Menerusi perkongsian video di akaun Instagram Siti Sarah pada Rabu lalu, Talita dilihat bertemu dengan Wan Sharmila di sebuah pusat membeli belah.

Rata-rata netizen mengakui turut berasa sebak menonton pertemuan Talita dengan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu.

Terdahulu, nama Lala menjadi tular di media sosial apabila didakwa sebagai ‘wanita misteri’ yang memeluk anak perempuan Shuib. Warga maya memetik nama pelakon wanita itu berdasarkan bentuk tubuh dan penampilannya.

Lala memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana enggan disalah erti oleh mana-mana pihak. Dia bagaimana pun menafikan dia adalah individu di dalam video berkenaan.

“Kalau boleh, saya tak nak ulas lebih lanjut mengenai perjumpaan itu. Bimbang nanti orang boleh salah faham pula.

“Apa-apa pun, doakan yang baik-baik untuk saya dan juga Talita sekeluarga,” katanya.

“Tak Mungkin Bercinta Dengan Vida, Saya Cari Seseorang Yang …” – Shuib

Pelawak dan usahawan terkenal Shuib menegaskan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida bukan individu yang sedang dikenalinya ketika ini.

Kata Shuib kepada Harian Metro, dia bagaimanapun selesa berkawan dengan Vida hanya untuk urusan bisnes makanan yang sedang diusahakan bersama-sama ketika ini.

“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.

“Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi.

“Jadi tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya.

“Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin,” ujarnya.

Sesiapa sahaja jodoh yang bakal hadir dalam hidupnya, kata Shuib wanita terbabit perlu mendapat persetujuan ibu serta anak-anaknya.

“Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlalu sensitif. Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya.

“Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” katanya.

Vida sebelum ini memaklumkan tidak menolak seandainya ditakdirkan bercinta dengan Shuib yang disifatkan punyai ciri-ciri lelaki idamannya.

Biarlah Shuib yang tentukan wanita mana untuk dipilih sebagai suri hati menαmαtkan status bapa tunggαl yang dipegαngnya kira-kira tujuh bulan lalu.

Nak cari pasangan ni, banyak perkara yang perlu diambil kira.

Apapun, kami doakan Shuib bertemu wanita yang elok daripada semua segi dan disayangi serta menyayangi anak-anak.

Sumber: Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :  http://trendingsangat.pw 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*