Lebih sebulan Suami men1ngg4l dunia dlm tidur di ruang tamu, Anita Baharom bagithu apa yg berlaku kepada dia

KUALA LUMPUR: Lebih sebulan selepas pemergian suami ke Rahmatullah pada 1 Januari lalu, pelakon, Anita Baharom, 39, mengaku masih cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu bersama anak tanpa kehadiran tonggak keluarga.

Lebih 16 tahun berkongsi hidup bersama, pelakon drama Dunia Baru ini sukar melupakan Allahy4rham Mohd Ismadi Ismail, 50, yang menghembuskan nafas terakhir secara mengejut, ketika tidur, di kediaman mereka.

Bukan tidak reda atas ujian dilalui, namun akui Anita, siapa yang berada di tempatnya pasti sukar memadamkan kenangan bersama pasangan.

Biarpun dilihat kuat di laman sosial, hakikatnya, hati Anita dan anak-anak sesekali rapuh. Dua minggu pertama pem3rgian Allahy4rham Ismadi dianggap getir.

“Saya alami rindu yang tidak tertahan kepada suami sehingga seperti orang gila. Setiap hari pada jam 6 pagi, saya bangun dan buka semua pintu, tingkap, lampu dan jeriji besi kerana rasa terkurung dan lemas.

“Setiap jam enam petang, saya duduk men4ngis di hadapan rumah. Saya cuba tidak men4ngis kerana penat dan tidak mahu berkabung lama-lama.

Anita berkongsi foto sambutan hari jadi anak, Syifa Dhia (kanan) bersama arwah suami di Instagram (IG). Foto IG Anita Baharom

“Namun, sukar untuk saya bendung rasa rindu dan sunyi,” katanya kepada BH Online.

Sejak pemergian suaminya, Anita dan anak-anak iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8, masih belum ‘kuat’ untuk tidur di bilik yang terletak di tingkat atas kediaman.

Sebaliknya, mereka lebih selesa tidur di ruang tamu.

Anita berkongsi, setiap kali memanjat tangga yang dihiasi gambar suami pada dinding, Anita menyebut nama suaminya seolah-olah arw4h masih hidup.

“Setiap hari saya dan anak-anak akan bercakap mengenai arw4h atau kami akan meniru gaya arw4h bercakap.

“Ketika suami masih hidup, arw4h yang bangun menyediakan sarapan jika saya tidak sempat. Arw4h juga membancuh air Milo untuk saya.

“Jadi, saya dan anak-anak sentiasa teringat perbualan kami bersama arw4h. Itulah yang menjadi kenangan dan pengubat rindu kami terhadapnya,” katanya.

Anita berkata, kebimbangannya agar anak-anak tidak mengalami nasib sama sepertinya yang hilang bapa ketika berusia 12 tahun, menjadi nyata.

“Beberapa bulan sebelum kepulangan suami ke Rahmatullah, saya bawa anak sulung ziarah kvbur arw4h bapa.

“Saya ceritakan bagaimana peritnya kehil4ngan bapa pada usia kecil. Tidak sangka pula anak-anak melalui keadaan sama.

“Ibu hil4ng suami ketika berusia 40-an. Tidak sangka rupa-rupanya, saya ikut jejak langkah ibu hilang suami pada usia muda, malah, lebih muda daripada ibu,” katanya.

Sebelum pemergian suami yang juga penerbit, Anita mendakwa mimpi hil4ng semua gigi. Ketika itu, Anita menyangka bakal kehil4ngan ibu yang ketika itu uzur.

Anita berkata, biarpun dij4ngkiti kenc1ng manis hingga ibu jari kiri terpaksa dipotong, arw4h suami sihat sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Sebenarnya, banyak petanda suami akan tinggalkan kami tetapi saya tidak perasan.

“Antaranya, suami tidak bersetuju menjual rumah yang kami diami. Arw4h kata bukan mudah untuk membeli rumah baharu ketika hartanah semakin mahal.

“Arwah juga selalu meminta saya menunggunya hingga mati. Ketika menyaksikan persembahan Aina Abdul, baru-baru ini, di mana suami menjadi pengurus pentas acara itu, saya tergerak hati merakamkan video.

“Tidak sangka itu rakaman video terakhir arwah yang saya simpan,” katanya.

Anita berkata, dia perlu keluar bekerja demi mencari pendapatan.

“Dua teman rapat menawarkan diri untuk menjaga anak-anak jika saya sibuk dengan penggambaran.

“Saya perlu kembali bekerja kerana saya adalah ayah dan ibu kepada anak-anak. Jika ada yang mengecam saya kerana melanggar tempoh edah, terpulanglah.

“Jika saya tidak keluar bekerja, siapa yang akan memberi makan dan melangsaikan komitmen bulanan saya,” katanya.

Suami Anita Baharom men1ngg4l dunia dalam tidur di ruang tamu

PELAKON Anita Baharom berkongsi berita duka apabila suaminya, Ismadi Ismail, 50, meninggal dunia di rumah mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam kira-kira pukul 8 pagi, Sabtu.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia dalam tidur di ruang tamu.

Anita memaklumkan berita pemergian suami tercinta melalui Instagram.

“Dukacita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi Ismail menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi, 1 Januari 2022 (Sabtu).

“Mohon doa daripada saudara dan sahabat semua semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya di Instagram.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*