“Saya Patut Beri Dia Peluang” – Siti Nurhaliza Komen Penyertaan Iqbal Zulkefli Dalam Big Stage 2022

Penyertaan usahawan selebriti, Iqbal Zulkefli sebagai peserta Big Stage 2022 ternyata mengundang pelbagai persoalan daripada warganet.

Siti Terkjut, Beri Peluang Kepada Iqbal 

Tidak terkecuali, juri tetap program itu, Dato Sri Siti Nurhaliza dan Ajai  turut terkejut dengan pengumuman tersebut sehingga Siti terleka untuk memasukkan markah bagi persembahan Iqbal usai menyanyikan lagu asal Broery Marantika berjudul Biarlah Bulan Bicara.

Menurut Siti, pada awalnya dia agak keliru sebaik mengetahui Iqbal merupakan peserta yang ke-12 untuk Big Stage 2022. Bagi Siti, dia mengambil pendekatan untuk bersikap profesional sebagai salah seorang juri untuk menilai persembahan Iqbal dan peserta-peserta lain. Malah, Siti turut berkata Iqbal wajar diberikan peluang untuk menunjukkan bakatnya.

“Saya keliru macam lagu intro tadi. Saya macam eh biar betul tapi apa yang saya boleh katakan saya perlu beri dia peluang. Kerana apabila dia sudah berada di atas pentas menunjukkan bakat dan keberanian, kita perlu beri peluang dan saya bagi markah berdasarkan apa yang saya lihat” kata Siti kepada Murai.my

Siti Titip Nasihat 

Bagaimanapun, Siti berpesan agar Iqbal tidak mensia-siakan peluang yang ada apabila sertai program ini dan enggan membuat andaian awal terhadap mana-mana peserta terutamanya mengenai Iqbal yang dikritik ramai mengenai bakat nyanyiannya.

“Dia pun saya rasa perlu banyak belajar apabila sudah masuk Big Stage. Sebagai penyanyi, kelemahan itu pasti ada. kita tidak tahu kalau dia betul-betul serius dan akan jadi lebih baik dari yang lain? kita tidak boleh membuat andaian awal sebelum kita lihat dia punya perkembangan jadi kita beri dia peluang.

“Tugas kami telah diberi dan kami akan galaskan sebaiknya sebagai juri. Siapa pun dan macam mana sekalipun cara nyanyian mereka, kami akan nilaikan ikut cara kami. Jadi dia kena terima markah dan komen daripada kami kelak” kata Siti lagi

Siti ditemui di sidang media konsert minggu pertama Big Stage 2022 pada malam Ahad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Untuk info, selain Iqbal, 11 peserta Big Stage 2022 yang lain adalah Tegar, Ajoi Zainal, Daniel Chuer, Syafiq Abdilah, Tuah Adzmi dan Megat Rahim. Manakala bagi peserta wanita terdiri daripada Elica Paujin, Yazmin Aziz, Aisha Retno, Lia Aziz dan Sofiaa Marieylla.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*