Siti Nurhaliza & Ajai Seb4k Aisha Retno Nyanyikan Lagu Arw4h Siti Sarah

Persembahan peserta Big Stage 2022, Aisha Retno membawakan lagu Kesetiaan nyanyian asal Allahyarhamah Siti Sarah dengan baik telah membuatkan ramai penonton berasa seb4k.

Siti & Ajai Seb4k 

foto via Astro/Azrul Rafie

Malah kedua-dua juri tetap program realiti itu, Dato Sri Siti Nuhaliza dan Ajai juga gagal menahan seb4k sehingga dilihat mengalirkan air mata. Menurut Siti, dia berasa terlalu seb4k kerana teringatkan pada arw4h Sarah.

foto via Astro/Azrul Rafie

“Saya teringat dekat arw4h”

“Bila saya dengar autom4tik terus teringat dia, saya tak bolehlah…Arw4h penyanyi yang sangat bagus, kerja keras, rendah diri. Bila kita dengar lagu itu, autom4tik dengar suara dia, saya tak boleh fikir suara orang lain. Tapi dalam penjurian kita kena fokus kepada mereka yang bertanding.

Saya lebih teringat sebab kedua-kedua kami mengandung dalam keadaan cov1d-19, mungkin Allah lebih menyayanginya” kata Siti

Ajai Puji Aisha 

foto via Astro/Azrul Rafie

Bagi Ajai pula yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut mengambil kesempatan untuk mengetuai bacaan doa dan meminta orang ramai dapat sedekahkan Al-Fatihah buat arw4h.

Jelas Ajai, tiada sesiapa pun mampu menandingi kehebatan arw4h dalam membawakan lagu tersebut. Namun, Ajai memberi gambaran bahawa selaku pelapis dan penyanyi baru, Aisha berjaya menyanyikan lagu itu dengan baik.

“awak mempunyai gaya yang tersendiri, cara awak susun semula dan memang berbeza dari nyanyian asal.

“Tak tahu macam mana saya nak cakap sebab kalau ikutkan memang arw4h tiada gantinya cuma kepada generasi kini kenapa tidak? Kita perlu bergerak ke hadapan, awak nyanyi sedap itu je yang saya boleh cakap” komen Ajai kepada Aisha

Dalam sesi sidang media pula, Ajai berasa terharu apabila lagu tersebut telah diberi nafas baharu apatah lagi dibawakan oleh penyanyi generasi kini.

“Pem3rgian dia bukan nya lama sangat pun masa itu masih baru. Lagu itu banyak memberi kenangan pelbagai perkara sesiapa sahaja yang menyanyikan lagu itu.  Macam yang saya cakap tiada siapa mampu menandingi Arw4h tetapi saya sangat suka bila ada generasi kini terutamanya memberikan nafas baharu dalam lagu tersebut.

“Bila awak nak susun semula lagu itu, awak kena susun ikut kemampuan awak yang sedap. Jadi ada beberapa bahagian tadi yang Aisha buat sedap dan saya boleh cakap sebaris dengan arw4h punya penyampaian tetapi seb4k itu saya memang tak boleh kawal. Kami rapat sebagai rakan cuma ini adalah rezeki arw4h bila Malaysia, Indonesia, Brunei dapat doakannya” katanya lagi

Dalam konsert minggu ketiga itu, Aisha berjaya memperoleh markah tertinggi sebanyak 82.0%

manakala penyanyi Liaa Aziz diumumkan sebagai peserta kedua tersingkir dari Big Stage selepas mendapat markah undian atas talian terendah di belakang Sofiaa Marieylla dan Megat Rahim.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*