5 Tahun K4hwin Belum Ada Rezeki Zur1at, Suami Bahagia Lay4n Anak Asuh4n Mac4m Anak Send1ri

Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mahukan zuriat sendiri, tetapi itu semua atas rezeki masing-masing. Ada yang baru kahwin terus dikurniakan dengan rezeki anak dengan cepat, malah ada juga yang menunggu bertahun-tahun baru ada rezeki anak.

Bagi yang belum dikurniakan rezeki anak, mungkin belum tiba masanya, jangan mengalah untuk berusaha dan mencari sumber kebahagiaan lain sementara menanti cahaya mata sendiri.

Sama seperti pasangan suami isteri ini, meskipun sudah hampir 5 tahun lalu mendirikan rumah tangga, mereka masih lagi belum dikurniakan rezeki seperti pasangan lain. Namun, daripada menyalahkan takdir, mereka berdua memperoleh satu nikmat yang cukup istimewa merasa kasih sayang anak walaupun hanya anak asuhan.

Kisah ini dikongsikan oleh tuan empunya badan bermula dengan cadangan suami untuk isterinya, Myza mengasuh anak pegawai. Siapa sangka, sang suami menjaga dan menyayangi anak-anak asuhan bagai menatang minyak yang penuh.

Myza melihat suaminya cukup gembira walaupun cuma menumpang kasih sayang zuriat orang lain. Di hujung perkongsian tersebut, dia tetap berdoa agar ada rezeki anak berpihak pada keluarga mereka juga suatu hari nanti.

Meneliti di ruangan komen, ramai yang mendoakan baik-baik buat pasangan ini supaya  peroleh cahaya mata sendiri dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama seperti mereka.

Sumber : Tiktok queenofmyza 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Keluarga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*