“Comelnya B4by Bump” Gambar Intan Saleh Raih Perhatian, Ramai Ucap Tahniah!

Awal Februari lalu, video sambutan hari lahir suami yang dikongsikan oleh selebriti media sosial, Intan Salleh ternyata mendapat perhatian wargamaya bila mana dilihat ujian keh4milan yang turut dikongsikan Intan sebagai kejutan buat suaminya.

Pun begitu, Intan mengakui biarpun keputusan alat ujian kehamilan menunjukkan tanda positif, namun dia hanya dapat mengesahkan perkara itu selepas bertemu doktor.

Katanya, masih terlalu awal untuk berkongsi khabar gembira tersebut kepada umum selain akan sedia memaklumkan apabila sudah mendapatkan kepastian daripada pakar.

Namun dua keping gambar yang dimuat naik oleh Intan semalam di Instagramnya ketika bercuti bersama keluarga jelas menjawab segala persoalan.

“Bagi can la ek… tak tau nak tulis caption apa,” tulis Intan ringkas di kapsyennya.

Namun bukan kapsyen yang menjadi perhatian, sebaliknya baby bump ibu kepada dua cahaya mata ini yang menarik perhatian semua malah terlihat dengan jelas.

Biarpun tidak ada pengakuan atau pengumuman yang dikongsikan ibu cantik manis ini, namun sekeping gambar menjawab segalanya.

Ramai doakan Intan

Rata-rata seluruh pengikut Intan turut mengucapkan tahniah malah mendoakan kebahagian Intan selepas melalui waktu-waktu yang suram suatu ketika dahulu. Malah turut mendoakan agar kandungan Intan dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.

“Tahniah bonda❤️❤️. Semoga dipermudahkan kesihatan sepanjang kehamilan ni”.

“I see something❤️❤️❤️❤️❤️ wishhh yang baik-baik UTK bonda❤️❤️❤️❤️❤️❤️”

“Semoga di permudahkan sepanjang mengandung dan kesihatan yang baik”

“Mintak-mintak baby girl…. Aaaminnnn”

Semoga yang baik-baik sahaja untuk Intan dan keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan kehamilan hingga detik melahirkan kelak. Tahniah Intan!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by انْتَان لِيَانَا بِنْتِ صَالِح (@__iiiintan.saleh)

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga bersama suaminya Aizam Yahya pada 21 Disember lalu selepas melalui detik hiba, akibat keg4galan rumah tangganya bersama suaminya yang terdahulu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Pa&Ma

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*