Harapan ‘Terakhir’ Pencarum KWSP . Ahli Parlimen Mahu Kerajaan Kaji Semula Tuntutan Rakyat, Cadang i-Ceria.

Khabar gembira buat pencaruman KWSP yang setelah sekian lama menuntut permohonan untuk pengeluaran di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Terbaru, menerusi persidangan Dewan Rakyat semalam (1 Mac 2022), Ahli Parlimen, Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan “i-Ceria” Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.

Beliau berkata hal ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.

Tidak nafikan fakta tapi cakna kesus4han rakyat.


Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol)

Malah dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa tuntutan ini bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua dan bukanlah menafikan fakta mengenai 20 peratus daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua.

“Tuntutan saya pada hari ini adalah semata-mata untuk memastikan permintaan Keluarga Malaysia dipenuhi, khususnya buat mereka yang masih bergelut dengan kesusahan akibat p4ndemik cov1d-19, ditambah pula musib4h b4njir yang telah berlaku baru-baru ini.” -Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol).

Kerajaaan harus kaji semula tuntutan rakyat

Justeru, Mohd Salim berkata sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula tuntutan rakyat iaitu pengeluaran KWSP untuk kali terakhir dan secara bersasar bagi mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan.

Sumber : Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*