“Kami Hantar & Ambil Setiap Hari. Sofia Cakap Ada Orang Lelaki Minta Naik Van”

Berikutan k3s kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang dipercayai hil4ng selepas pulang dari sekolah pada petang Rabu (30 Mac), ibu mangsa tampil berkongsi cerita sebenar di sebalik kejadian yang menimpa anaknya.

Menerusi perkongsian Puan Ryana Mohd Nor di Facebook, dia akui terlambat menjemput anaknya, Sofia Raniya pelajar SK Midah 1 kerana k3sesakan jalan raya.

Ketika sampai, dia dipercayai tidak menemukan anaknya dan segera mencari sebelum membuat laporan polis berhubung kehil4ngan tersebut.

“Sepatutnya balik sekolah jam 5.50 petang tapi disebabkan k3sesasakan jalan, apabila saya sampai jam 6.20 petang, dia dah tiada,” katanya.

Selepas beberapa jam hil4ng ditemui selamat

Sebelum ini, kenyataan media Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar mengesahkan mengenai penemuan tersebut setelah pihak Polis Cheras menggerakkan team si4satan bagi mengesan kanak-kanak itu dalam kadar segera selain memohon orang bantuan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat di media sosial.

“Pada jam lebih kurang 9.35 malam, kanak-kanak tersebut dijumpai dalam keadaan baik oleh orang awam di kawasan perkarangan lobi Kondominium The Holmes, Bandar Tun Razak, Cheras yang kemudiannya menghubungi pihak Polis Cheras.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak tersebut dalam keadaan baik dan tidak mengalami apa-apa keced3raan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tak guna perkhidmatan van sekolah

Sementara itu, ibu Sofia Raniya menafikan bahawa anaknya tersilap menaiki van kerana mereka tidak pernah menggunakan perkhidmatan pengangkutan berkenaan untuk ke sekolah.

“Setiap hari saya atau ahli keluarga yang lain akan menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah, kami tidak menggunakan perkhidmatan van,” kata Ryana.

Ditinggalkan di lobi kondominium

Dia juga menjelaskan yang anaknya memberitahu telah diminta menaiki van oleh seorang lelaki sebelum men1ngg4lkannya di lobi sebuah kondominium.

“Saya difahamkan polis menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk kondominium berkenaan, melaporkan mengenai seorang kanak-kanak yang ditinggalkan seorang diri di lobi berkenaan,” katanya lagi.

Mengg1gil seolah ket4kutan 

Menerusi penjelasan Ryana di Facebooknya, dia menyatakan yang Sofia berada dalam keadaan mengg1gil seolah seperti ket4kutan. Selepas bertemu dengannya, Sofia terus berlari memelvknya.

Harap individu terbabit segera ditah4n

Ibu saudara kanak-kanak tersebut juga turut berharap individu yang membawa pergi anak buahnya segera ditahan dan kedua-dua mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu mencari Sofia Raniya.

Kredit: Harian Metro, Facebook Ryana Mohd Nor, AnnaNorhana Mohd Nor &  Polis KL

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Pa&Ma

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*