Kem4tian Tangmo: Muncul rakaman terbaharu. Identiti ‘individu’ di atas bot tarik perhatian P0lis

BANGKOK: Polis Thailand dilapor sedang menyi4sat satu bukti baharu video dipercayai rakaman sebelum pelakon TV Pattarathida “Tangmo” Patcharaveerapong terj4tuh ke dalam sungai bulan lepas.

Rakaman menunjukkan seseorang sedang berdiri dan duduk di belakang bot yang dipandu laju sepanjang Sungai Chao Phraya pada malam kejadian.

Bagaimanapun, polis tidak menyatakan sama ada orang yang dilihat dalam rakaman itu adalah pelakon tersebut, lapor Bangkok Post.

Pesuruhjaya Wilayah Polis Wilayah 1 Pol Lt Jen Jirapat Phumuchit berkata penyi4sat telah memperoleh “bukti baharu” daripada video CCTV yang diambil dari bangunan di tepi sungai Chao Phraya.

Beliau berkata rakaman itu menunjukkan seseorang berdiri dan duduk di bahagian belakang bot laju pada jam 10.34 malam, 24 Feb lalu pada waktu sebelum aktres itu terj4tuh ke dalam sungai.

“Bukti ini berguna kerana ia akan membantu penyi4sat mendapatkan kejelasan berhubung k3s ini,” kata Jirapat.

Beliau berkata polis akan meminta pakar dari syarikat produksi untuk membantu meningkatkan kejelasan rakaman dan memeriksa koordinat GPS bot laju itu.

Sementara itu, pengarah Institut Sains Forensik Pusat Kementerian Kehakiman Pol Kol Songsak Raksaksakul berkata institut itu akan menubuhkan panel bagi menjalankan bed4h si4sat kedua may4t Pattarathida sepertimana diminta ibunya, dan akan menjemput doktor dari institut lain untuk menyertainya.

“May4tnya akan disimpan di Hospital Universiti Thammasat, dan pemeriksaan semula dijangka selesai dalam tempoh tidak kurang daripada 30 hari,” kata Pol Col Songsak.

May4t aktres itu sepatutnya sudah dibak4r, tetapi ibunya pada Sabtu memohon penyi4sat untuk memindahkan m4yat ke institut untuk pemeriksaan semula.

Ketua Jabatan Si4satan Khas (DSI) Trairit Temahiwong berkata DSI akan menyi4sat k3s itu jika keluarga Pattarathida meminta jabatan itu berbuat demikian.

Bekas pengarah Institut Sains Forensik Pusat Khunying Dr Pornthip Rojanasunant pada hantarannya di Facebook bahawa keluarga itu mungkin mempunyai peluang yang sukar untuk mengakses keputusan bed4h si4sat.

Beliau berkata ramai orang tersilap bahawa hanya polis mempunyai akses kepada laporan ini.

Mengikut undang-undang, doktor forensik mempunyai kewajipan untuk mendedahkan kebenaran.

Namun memandangkan bed4h si4sat di Thailand telah disekalikan dalam si4satan polis, proses itu mungkin tidak telus sepertimana sepatutnya, kata Dr Porntip.

Beliau berkata Thailand harus menerima pakai Protokol Minnesota PBB, satu set garis panduan yang menyatakan bahawa doktor perlu bebas dan telus.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*